Skip to main content

Apa Anehnya Wang Berjuta di Pejabat PM?


Najib Razak
9 Sep 2018, 2:09 tengahari (Dikemaskini 9 Sep 2018, 2:19 tengahari)

A A

ULASAN | Mungkin ramai tidak tahu bahawa presiden Umno ditugaskan untuk mengendali semua aset parti, termasuk menerima sumbangan politik daripada ahli perniagaan, individu, pertubuhan bukan kerajaan dan badan korporat.

Presiden Umno juga ditugaskan untuk mengalih dan membuat pembayaran mengikut keperluan parti pada masa pilihan raya.

Semua hak ini ada ditulis dalam Perlembagaan Umno dan ia menjadi satu kelaziman sejak zaman Tun Dr Mahathir Mohamad lagi.

Ada satu klip video tular merakamkan Tan Sri Muhyiddin Yassin mengaku dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi pada 6 Sept 2015 selepas beliau digantikan sebagai timbalan perdana menteri.

Katanya beliau sendiri tidak mempersoalkan amalan dana khas presiden kerana itu ialah kebiasaan untuk diuruskan oleh presiden sejak dulu lagi.

Dr Mahathir juga pernah mengaku secara terbuka bahawa dia menyerahkan RM1.4 bilion dalam bentuk wang tunai dan saham kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi apabila Pak Lah mengambil alih jawatan presiden parti.

Walaupun saya pernah sarankan untuk diwujudkan akta sumbangan politik, ia ditolak oleh Pakatan Harapan pada masa itu, justeru sumbangan dana politik tidak melanggar mana-mana undang-undang negara ini.

Belum sempat buat keputusan

Pada masa pilihan raya umum, kebanyakan sumbangan daripada ahli perniagaan dan individu adalah dalam bentuk wang tunai dan diagihkan secara tunai kepada seluruh 222 kawasan parlimen dan 505 kawasan dewan undangan negeri.

Semasa Dr Mahathir membina Pejabat Perdana Menteri dan Seri Perdana, beliau turut membina bilik kebal dan peti besi di kedua-dua tempat tersebut.

Inilah tempat wang tunai yang diterima Umno disimpan untuk tujuan kegunaan operasi politik dan pilihan raya termasuk bayaran bil selepas pilihan raya dan operasi cawangan-cawangan parti.

Selepas BN kalah tidak terjangka pada PRU lalu, wang tunai yang dikumpul itu dipindahkan pegawai-pegawai ke satu pangsapuri di Pavilion Kuala Lumpur sebagai langkah sementera.

Saya juga difahamkan baru-baru ini - ketika wang itu dalam permindahan - ada beberapa pegawai yang ditugaskan telah mengambil RM3.5 juta untuk diri sendiri dan mereka telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Sebelum kita sempat membuat keputusan bagaimana untuk mengendalikan wang tunai tersebut, dan sementera menunggu keputusan pemilihan parti siapa akan mengambil alih jawatan presiden, pangsapuri Kuala Lumpur berkenaan diserbu oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) lalu wang tunai berkenaan disita.

Dr Mahathir tahu tentang kewujudan wang tunai parti yang banyak di Pejabat Perdana Menteri pada masa pilihan raya kerana beliau juga melakukan begitu semasa presiden Umno dan perdana menteri.

Nanti cerita tentang beg

PDRM juga tahu tentang wang itu ada di Pavilion kerana permindahan wang dari Pejabat Perdana Menteri oleh pegawai-pegawai bukanlah satu rahsia.

Wang ini ialah wang parti. Oleh itu, Umno menyediakan barisan peguam untuk berunding dengan pihak kuasa untuk menuntut kembali wang ini.

Memang tiada wang tunai begitu banyak di simpan dalam pangsapuri Pavilion ataupun rumah saya sebelum pilihan raya dan wang tunai yang disimpan dalam Pejabat Perdana Menteri juga tidak begitu banyak pada masa bukan pilihan raya.

Mengapa pula ada mata wang dari 27 buah negara?

Selain dari pangsapuri Pavilion, PDRM juga menyerbu rumah dua anak saya yang berdekatan, serta kediaman peribadi saya di Jalan Duta.

Setiap sen dan setiap helai wang kertas sama ada dalam mata wang tempatan atau asing telah dirampas.

Sesiapa yang sering melawat dan bertugas di luar negara tentu ada baki wang dalam bentuk mata wang asing yang belum diguna di dalam kediaman mereka. Saya dan keluarga saya tidak berbeza.

Oleh itu sebahagian besar wang yang disita ialah dalam mata wang ringgit (selain ada satu jumlah dalam wang Singapura kerana satu penyumbang tertentu memilih untuk menderma dalam bentuk ini). Yang dalam mata wang asing merupakan jumlah yang kecil.

Walaupun saya pernah mengulas sedikit sebanyak tentang isu ini kepada beberapa media tempatan, saya pilih untuk membuat penjelasan dengan lebih panjang lebar sekarang kerana, walaupun banyak usaha dan rundingan dilakukan tetapi PDRM masih tidak mahu mengembalikan wang tersebut kepada parti.

Ia telah melangkaui tempoh tiga bulan mengikut undang-undang supaya dikembalikan jika tiada dakwaan dibuat mengenai aset yang disita.

Saya juga akan menjelaskan dengan lebih lanjut mengenai sitaan barang kemas dan beg tangan yang menjadi topik perbualan ramai.

DATUK SERI NAJIB RAZAK ialah perdana menteri keenam Malaysia dan bekas presiden Umno.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun