Keterlaluan politik atau berpolitik keterlaluan tidak akan memberi manfaat kepada bangsa dan negara. Perebutan kuasa tanpa proses atau tidak mengakuri kuat kuasa undang-undang dan peraturan juga tidak akan membawa kita kemana. Paling tidak, apa yang kita dapat bahawa betapa tidak beradabnya bangsa kita. Institusi Raja yang kita daulatkan dan kedudukan Sultan diatas politik yang juga kita letakkan menjadi permainan kita sendiri. Mungkin kita ini jenis muka tidak malu, bukan sahaja tidak malu kepada Sultan bahkan tidak malu kepada rakyat dan tidak malu kepada dunia. Jika kita tahu kita adalah bangsa merdeka dan negaranya berdaulat, maka kerukunan hidup rakyat hendaklah sentiasa dijaga dan kita menjadi bangsa yang benar-benar bersatu, Kini rakyat bukannya buta, pekak atau bisu. Mereka sedang melihat, mendengar dan bertutur.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments