Skip to main content

Kenyataan Media Rahman Dahlan

1) Autonomi UMNO Sabah telah dinanti-nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama. 


2) Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti-parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang Sabah sendiri.


3) Kami percaya pemimpin-pemimpin Umno Sabah mampu menentukan hala tuju Umno Sabah sesuai dengan kehendak rakyat Sabah dan situasi politik masa kini.


4) Autonomi inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah dan ahli Umno sejak UMNO bertapak di Sabah 29 tahun yang lalu.


5) UMNO Sabah telah mencadangkan autonomi UMNO Sabah sejurus UMNO tidak lagi menjadi kerajaan di pusat dan di negeri Sabah. Kami melihat inilah cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO Sabah.


6) Saya sendiri telah berjumpa dengan Presiden UMNO pada bulan Julai 2018 dan memberi sebab-sebab kenapa UMNO Sabah perlu diberikan autonomi politik dalam keadan politik masa kini. Alhamdulillah, Presiden menyokong autonomi Sabah kerana beliau merasakan inilah formula terbaik untuk UMNO Sabah kekal relevan dalam politik Sabah.


7) Setelah itu, Presiden telah mengarahkan beberapa siri perjumpaan dan perbincangan mengenai isu autonomi UMNO Sabah yang akhirnya berakhir dengan usul autonomi UMNO Sabah telah diluluskan dalam perhimpunan agung umno 2019 secara sebulat suara.


8) Autonomi UMNO Sabah bermaksud keputusan berkaitan dengan hal ehwal UMNO Sabah perlu dibincang dan diputuskan diperingkat kepimpinan UMNO Sabah. Ini termasuk soal kepimpinan UMNO negeri, pentadbiran, keahlian, disiplin, perlantikan Senator, pemilihan ahli UMNO Sabah sebagai ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dilantik, halatuju, kerjasama politik dengan parti lain,  penentuan calun-calun pilihanraya dan calun Ketua Menteri Sabah sekiranya UMNO adalah parti yang memenangi kerusi DUN yang terbesar dalam pilihanraya negeri.


9) Dalam pengumuman yang dibuat oleh Presiden petang tadi, ramai ketua-ketua UMNO Bahagian di Sabah tidak dirundingi, dibawa berbincang untuk mendapatkan keputusan bersama. Malah kami telah berkali-kali memaklumkan kepada Presiden sebelum ini tentang pandangan dan kebimbangan kami berkenaan dengan kedudukan Ketua UMNO Sabah.


10) Kami berpendapat bahawa ini melanggar semangat autonomi UMNO Sabah yang telah diluluskan oleh Perhimpunan Agung UMNO tahun lepas.


11) Saya percaya rakyat Sabah mahukan UMNO Sabah supaya mempunyai kebebasan menentukan halatuju kami tanpa campur tangan pusat di Kuala Lumpur. Sudah tiba masanya UMNO mendengar jeritan suara rakyat Sabah sejak 1963 yang mahukan Sabah mendapat hak menentukan halatuju politik mereka.


12) Kami berpandangan bahawa seseorang yang menjadi ketua jentera pilihanraya negeri UMNO Sabah mestilah bebas dari persepsi negatif yang boleh dimanipulasikan oleh pihak lawan, mempunyai kredibiliti yang tidak boleh dipersoalkan oleh rakyat, dan yang tidak dibebankan dengan masalah peribadi yang boleh menjejaskan sokongan pengundi kepada UMNO dan rakan-rakannya dalam pilihanraya negeri.


13) Kami yakin pendirian kami ini disokong oleh ramai kepimpinan UMNO Sabah di semua peringkat dan rakyat Sabah. Kami percaya dan yakin bahawa jumlah kami pada malam ini akan bertambah, bukan berkurang, setelah isi kandungan sidang akhbar ini diketahui oleh ahli-ahli UMNO. Tunggu dan lihat sahaja.


14) Kami akan terus istiqomah dalam perjuangan UMNO dan akan bekerja kuat untuk memastikan kemenangan UMNO Sabah dalam pilihanraya negeri yang bakal diadakan. Kami tidak akan keluar dari UMNO, tapi kami berjanji untuk meletakkan semula UMNO dalam landasan politik yang betul dan memastikan tidak ada pemimpin yang meletakkan kepentingan peribadi melebihi kepentingan parti. UMNO ditubuhkan untuk memperjuangkan kepentingan rakyat bukannya untuk kepentingan individu.


15) Malam ini adalah manifestasi autonomi yang rakyat Sabah idamkan selama berpuluh tahun ini dan ini adalah peluang untuk UMNO menunjukkan bahawa parti ini mendengar suara rakyat Sabah yang inginkan kebebasan membuat keputusan. Presiden UMNO Malaysia mesti berlapang dada dan berjiwa besar dan jangan ketepikan semangat autonomi yang beliau sendiri telah persetujui.


16) Autonomi ini mesti diterjemahkan melalui tindakan, bukan sahaja melalui kata-kata.


Sekian.


Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan

Ketua UMNO Sabah Bahagian Tuaran

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia.


18hb Ogos 2020.

Kuala Lumpur.

Comments

wakeabbs said…
Harrah's Cherokee Casino and Hotel - Mapyro
Find Harrah's Cherokee Casino 거제 출장샵 and Hotel, North Carolina, United States, United 안동 출장샵 States, 포천 출장마사지 ratings, photos, 울산광역 출장안마 prices, expert advice, traveler 경상남도 출장마사지 reviews and tips,

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun