Syawal yang akan diraikan tidak lama lagi tidak akan berseri tanpa takbir yang memuji kebesaran IIahi. Bagi memeriahkan sambutan Syawal kali ini, Presiden UMNO Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bersama Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO membuat rakaman takbir raya untuk disiarkan melalui RTM menjelang 1 Syawal nanti. Turut terlibat dalam sesi rakaman takbir raya berkenaan ialah Timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden UMNO Tan Seri Muhyiddin Yassin.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments