Semua ini permainan Anwar untuk kepentingan politiknya, tidak nampak Anwar dapat sokongan parti lain dalam gabungan itu kerana mereka mempunyai matlamat politik yang berbeza. 16 September hanya mainan atau impian Anuar sahaja untuk simpati dan tumpuan rakyat kepadanya. Bak kata khidmat SMS ini "Hari ini Anwar juga menerima paling banyak ucapan tahniah dari pemimpin dari seluruh dunia kerana telah berjaya menjadi Perdana menteri kapada rakyat pembangkang. Beliau telah mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri di hadapan gambar Yang Di Pertuan Agung dirumahnya di Segambut. syabas di ucapkan"
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments