UMNO kena main dan tertipu dengan lakunan Anwar, Anwar memang pandai bersandiwara. Jadi kita tak perlu mengikut rentak tari beliau yang sumbang itu. Kalau kita terikut maka kita yang kena main. Kerana panik dengan Anwar, BN Sabah telah membuat surat 'akujanji' kepada semua Ahli Parlimen parti, seolah-olah BN berada dalam keadaan terdesak. Akujanji itu juga telah menimbulkan rasa tidak puashati dikalangan Ahli-ahli Parlimen kapada kepimpinan UMNO, seolah-olah kesetian mereka diragui. Jika pemimpin atasan takut, macam mana pula ahli-ahli peringkat bawahan hendak jadi kuat. Foto: Majlis peresmian Mesyuarat Agung MUBARAK.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments