Skip to main content

TIADA BUKTI KUKUH KETUA PEMBANGKANG MILIKI ASET RM230J

“Jawapan yang diberikan oleh Menteri semalam telah menjelaskan bahawa itu tidak benar tetapi alangkah seronoknya jika ada orang yang bersedih dan kecewa sebab tidak boleh menjawab dan kalau menjawab pun tidak boleh diterbitkan… saya harapkan bukan hanya di kalangan Ahli Parlimen tetapi netizen juga harus mengetahui itu adalah tuduhan liar yang harus ditolak dan Parlimen telah menjawab secara bertulis dan itu jawapan rasmi dari kerajaan.” Ahmad Zahid

DAKWAAN yang dibuat oleh Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, menyatakan  Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, memiliki aset tunai berjumlah RM230 juta adalah tidak benar.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Liew Vui Keong, semalam berkata, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat Zahid yang kini Ketua Pembangkang, jika memiliki aset bernilai RM230 juta yang dicanangkan oleh Dr Mahathir.

Setakat ini, katanya, kerajaan tiada mempunyai  bukti yang kukuh  menunjukkan Zahid memiliki aset itu.

Vui Keong menjawab soalan Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ramkarpal Singh, yang bertanya adakah kerajaan akan menyiasat dakwaan aset yang dimiliki Ketua Pembangkang itu.

Menurutnya, maklumat berhubung dakwaan itu tidak mempunyai sebarang keterangan atau maklumat yang menyokong kewujudan wang tunai berkenaan.

"SPRM akan menyiasat dakwaan berkenaan sekiranya terdapat bukti berkaitan,” katanya.

Dakwaan terhadap Zahid itu mula tersebar pada Ogos tahun lalu apabila beliau terlibat dalam insiden tuduh-menuduh secara terbuka antara beliau dengan Dr Mahathr.

Walau bagaimanapun, Zahid mendakwa Dr Mahathir hanya berbohong, dan berkata SPRM bebas menyiasat beliau.

Zahid yang juga Ahli Parlimen Bagan Datuk menawarkan dirinya untuk disiasat SPRM atas tuduhan beliau mempunyai RM230 juta ketika menerajui Pemuda Umno.

Zahid dalam pada itu juga meminta  SPRM menyiasat sumber kekayaan yang dimiliki anak-anak Dr Mahathir.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun