Skip to main content

BN DAPAT HALANG MAJORITI PKR


1. Dengan keputusan Pilihan Raya Kecil (PRK)  Sungai Kandis, adalah jelas Barisan Nasional (BN) telah dapat menghalang PKR daripada mencapai matlamat majoriti 10,000 seperti yang mereka war-warkan dan menandakan wujudkan protes rakyat secara berkesan.

2. PRK ini juga melahirkan tunas kerjasama ke arah perpaduan ummah yang lebih padu terutama melalui kerjasama awalan UMNO-PAS.

3. Statistik keputusan PRK cukup signifikan.

4. Undi PKR telah dapat dikurangkan hampir 12,000 atau separuh daripada yang diperolehi dalam PRU lalu.

5. Protes rakyat juga ditunjukkan melalui undi yang diberikan kepada pembangkang sebanyak 9,583.

6. Ini bermakna lebih daripada 20,000 undi menolak atau memprotes terhadap PKR!

7. BN yang menyertai PRK ini dengan serba kekurangan berikutan tekanan yang dikenakan kerajaan PH membeku semua akaun dan merampas dana PRU BN.

8. Pelbagai tekanan dikenakan pada pimpinan BN/UMNO.

9. Malah kenderaan BN turut disita.

10. Jentera BN berkempen secara sederhana malah memutuskan tiada penglibatan BN negeri lain kecuali Selangor.

11. Malah Presiden UMNO tidak berapa berceramah pun berbanding PH turun dengan segala kekuatan kerajaan negeri dan persekutuan.

12. Malah Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI), PM, TPM dan semua menteri, MB dan exco turun habis-habisan tapi gagal menarik rakyat sepenuhnya mempertahankan PKR.

13. Peratusan keluar mengundi adalah paling rendah dalam sejarah pilihan raya negara menggambarkan betapa rakyat muak dengan kerajaan.

14. Malah legitimasi wakil rakyat yang dipilih boleh dipertikaikan kerana beliau datang daripada demokrasi yang cacat dan tempang.

15. Bagi BN, ini satu kejayaan kerana dapat menghalang PKR mencapai sasaran 10,000 majoriti.

16. Ia membangkit kesedaran majoriti rakyat menolak kerajaan PH, dan ini satu permulaan yang sangat memberangsangkan.

17. UMNO dan BN  mengucapkan terima kasih kepada semua pengundi Sungai Kandis termasuk yang memprotes dengan cara tidak keluar mengundi.

18. Terima kasih pada semua jentera dan sukarelawan serta penderma yang membantu UMNO / BN dalam PRK penuh simbolik suara rakyat ini.

19. Dari sini kita bermulalah menuntut janji ditepati serta memerangi kezaliman, menangkis fitnah serta menolak kerajaan yang dikuasai DAP.

20. Dari sini juga, usaha perpaduan ummah untuk membela Islam dan kepentingan orang Melayu/Bumiputera serta rakyat keseluruhan akan diperhebatkan..
In sya Allah.

Salam Perjuangan.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun