Skip to main content

KEMELUT KERAJAAN MALAYSIA BAHARU SEMAKIN CACA MARBA


Baru-baru ini kita dikejutkan dengan satu berita kemelut yang sangat menggerunkan bagi kerajaan yang baru mendapat mandat.

Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah Sani Abd Hamid, telah membuat satu pendedahan dengan menuduh YB Langkawi merangkap Perdana Menteri,Tun Dr Mahathir Mohamad, dan  YB Gombak, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, berkonspirasi untuk tidak mengizinkan proses pemindahan kuasa daripada YB Langkawi kepada Presiden Parti Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa, berkata, dalang kepada konspirasi itu dikatakan Pengerusi Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan (PH), Tun Daim Zainuddin, dan juga membabitkan  Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

"YB Gombak sekarang ini menghadapi tuduhan yang dicipta oleh kerajaan sendiri , dan beliau adalah terlibat dalam menggagalkan rancangan PH dan janji-janji yang telah dibuat oleh PH.

"Ahli Parlimen Kapar telah mendedahkan sesuatu yang cukup serius.

"Mana  mungkin seseorang yang dilantik sebagai Pengerusi  “Council of Emminent Persons”,  menjadi penasihat kerajaan telah dituduh bersekongkol dengan Perdana Menteri untuk menghalang berlaku proses perpindahan kuasa.

"Ini bukan tuduhan yang dibuat oleh orang kecil, tapi dibuat oleh ahli Dewan dan melibatkan kedudukan Ahli Parlimen Gombak sendiri,” ujarnya.

Annuar berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018, di Dewan Rakyat hari ini.

Annuar turut meminta penjelasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng, mengenai dakwaannya tidak dibenarkan untuk memasuki negara China oleh kerajaan negara itu.

Beliau berkata, dakwaan mengatakan Guan Eng mempunyai masalah dengan China perlu dijelaskan kepada umum kerana kewibawaan dan imej menteri itu akan terjejas.

“Mungkin berlaku salah faham, mungkin juga tindakan dilakukan kerajaan menyebabkan republik itu tersinggung.

“Saya ingin bertanya Menteri Kewangan, apakah benar negara China tidak membenarkan Yang Berhormat menyertai rombongan atau memasuki negara China?" katanya lagi.

Menurut Annuar, pada 18 Julai lalu, SPRM merampas dokumen berkaitan Landasan Berkembar Pantai Timur (ECRL), Saluran Paip Pelbagai Produk Petroleum (MPP) dan Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) berikutan serbuan ke atas 13 lokasi di Lembah Kelang.

Katanya, pada 6 Julai, Kementerian Kewangan mengumumkan penggantungan tiga kontrak dengan syarikat China, dua daripadanya melibatkan projek paip gas yang dikendalikan oleh Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER).

Dalam pada itu, katanya, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) mengarahkan kontraktor utama ECRL, China Communication Construction Company (CCCC) menghentikan kerja kontrak yang dijalankan.

Ketika serbuan SPRM dijalankan, Tun Daim Zainuddin, dihantar sebagai utusan khas mewakili kerajaan PH untuk bertemu Menteri Luar China, Wang Yi, dipercayai bagi membincangkan kontrak ECRL, MPP, dan TSGP, katanya.

"Ada pula yang menuduh menteri terbabit meminta SPRM membuat serbuan kepada syarikat milik kerajaan China sehingga mengakibatkan hubungan kita dengan kerajaan China terjejas.

"Ini juga perlu dijelaskan, mungkin berita palsu, mungkin tidak benar.

"Tetapi imej Menteri Kewangan kita terjejas dengan tuduhan sedemikian,” tegasnya.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun