Skip to main content

Kalah Naib Presiden, Mahfuz ‘Di Belasah’ Ahli-Ahli Parlimen

Inilah yang dinamakan, sebab mulut, badan binasa. Kegagalan bekas Naib Presiden Pas, Mahfuz Omar untuk mempertahankan jawatan tersebut di dalam pemilihan Muktamar Pas Ke-59 baru-baru ini telah menyebabkan dia menjadi tumpuan di dalam Sidang Dewan Rakyat pagi semalam.

Selain para wartawan, Mahfuz turut menjadi mangsa ‘usikan’ rakan ahli-ahli Parlimen yang ‘membelasahnya’ ekoran kekalahan tersebut. Sebelum ini dia sering diberi jolokan ‘hero Pas’ kerana disifatkan begitu lantang di Parlimen, sedangkan pada hakikatnya Mahfuz lebih banyak merepek dan mengganggu perbahasan dari membicarakan isu dan kepentingan rakyat.

Sebaik sahaja parlimen mula bersidang, Mahfuz terus ‘dibelasah’ sehingga menyebabkan Speaker turut tersenyum dengan‘usikan’ tersebut. Mungkin disebabkan tidak tahan, dia dilihat keluar dari dewan tidak lama selepas itu.

Namun episod tersebut tidak berakhir di situ, sebaik sahaja di temui di ruangan rehat untuk ahli-ahli Parlimen, Mahfuz sekali lagi menerima nasib yang serupa di kalangan ‘rakan-rakan’ BNBBC yang ditemuinya. Paling menarik dia hanya mampu tersenyum sambil mengulas ia adalah perkara biasa dalam Pas, sambil mengaitkan nasibnya serupa dengan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukriz Mahathir yang turut kalah dalam pemilihan jawatan Naib Presiden Umno baru-baru ini.

Salah seorang ahli parlimen yang ditemui, mengatakan walaupun usikan tersebut hanyalah merupakan gurauan, namun realitinya Mahfuz perlu bermuhasabah diri. Ini kerana ahli parlimen itu sebelum ini begitu celupar memperlekehkan orang yang kalah bertanding.

Kenyataan tersebut merujuk kepada tindakan Mahfuz yang sebelum ini sering menggunakan isu kekalahan Mukhriz untuk menghentam Umno. Disebabkan usikan yang bertali arus itu, Mahfuz akhirnya mula meroyan dan menjerit-jerit di dalam dewan rakyat ketika membahaskan isu Bajet 2014 pada peringkat jawatankuasa.

Di dalam pemilihan muktamar yang diadakan minggu lalu, Mahfuz gagal mempertahankan jawatan yang disandangnya  selama dua penggal berturut-turut, apabila kalah tipis dengan penyandang, Husam Musa dengan beza hanya 16 undi.

Pesuruhjaya PAS Kedah itu hanya memperoleh 504 undi, manakala Husam 520 undi, Salahuddin Ayub (917), Tuan Ibrahim Tuan Man (849), dan Abu Bakar Chik (364).

Paling menarik, ketika ditanya sama ada mahu meneruskan khidmat sebagai Pesuruhjaya PAS negeri, Mahfuz seakan merajuk apabila mengatakan akan mempertimbangkannya dan menyerahkan kepada kepimpinan peringkat Pusat untuk memutuskannya.

“Saya dari dulu tolak Pesuruhjaya tu, sekiranya ditawarkan itu agak berat untuk memikul jawatan Pesuruhjaya jadi bagi saya itu akan diputuskan oleh parti. Jika diberi (amanah) akan dipertimbangkan, sini pun banyak calon dari Kedah kerana kelayakan untuk jadi Pesuruhjaya bukan saya seorang sahaja,” katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun