Skip to main content

Usah Lupa Asas Tubuh UMNO,Parti Perlu Jadi Alat Perkukuh Islam- Zainal S...

KUALA LUMPUR: Pemimpin negara disaran mencontohi sifat kepimpinan Perdana Menteri Malaysia kedua, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein, yang sentiasa mengutamakan kepentingan negara lebih daripada diri sendiri.

Wakil Selangor, Datuk Zainal Abidin Sakom, berkata Tun Razak yang juga bapa Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib, ketika zaman pentadbirannya sanggup menahan sakit daripada pengetahuan orang ramai, termasuk keluarga terdekat demi negara.

Beliau berkata, ramai menyangka Tun Razak yang sentiasa tampil di khalayak ramai dengan tongkat dan jaketnya sebagai sebahagian daripada gayanya, tetapi sebenarnya beliau menyembunyikan sakitnya, sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir.
"Saya dapat khabar, isteri dia tak tahu, anak-anak dia pun tak tahu yang tahu hanya doktornya, mulia sungguh hatinya, dia tahu kalau dia beritahu Toh Puan Rahah (Mohd Noah), dia takkan boleh keluar," katanya semasa membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial pada Perhimpunan Agung UMNO 2011 di Pusat Dagangan Dunia Putra di sini, hari ini.

Zainal Abidin berkata, Tun Razak juga menunjukkan sifat jujur yang amat tinggi apabila menyerahkan kembali kuasa mentadbir negara di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN) yang ditubuhkan untuk mengambil alih pentadbiran kerajaan ketika rusuhan kaum berlaku pada 13 Mei 1969 dan perlembagaan negara digantung.

"Selepas darurat dapat diselesaikan, diserahkannya semula negara ini kepada Parlimen, padahal dia sudah boleh memegang (jawatan) Presiden pada waktu itu, mulianya hati beliau," katanya.

Kini, beliau berkata tiba masa anaknya, Najib dan pimpinan lain untuk sekali lagi memainkan peranan penting melakukan transformasi kerajaan dan membawa UMNO untuk pentadbiran negara ke era baharu.
Katanya, rakyat tidak boleh menafikan bahawa pelbagai usaha transformasi sudah dilakukan di dalam UMNO, termasuk transformasi ekonomi, politik dan pengurusan dan sehubungan itu mencadangkan agar transformasi dalam bidang agama turut dilakkan.

"Lakukan gerakan, transformasikan pendekatan kerana kita rasa kalau ekonomi dah ditransformasikan, politik sudah ditransformasikan, saya fikir pendekatan agama juga kena ditransformasikan," katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun