Skip to main content

PAS Baru Jumpa 'Kitab' Halalkan Sekongkol Dengan DAP - YBhg Ustaz Mohd A...

KUALA LUMPUR, 3 Dis – Wakil UMNO Kelantan, , Mohd Afandi Yusoff ketika membahaskan usul agama, pendidikan dan sosial dalam Perhimpunan Agung UMNO 2011 menggesa Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar berikutan kegagalannya mentadbir negeri itu sehingga menyebabkan peningkatan gejala sosial, masalah air bersih serta peningkatan kadar jenayah.

Sambil menyifatkan Menteri Besar Kelantan itu sudah tidak berupaya mentadbir negeri berkenaan kerana faktor usia yang sudah lanjut, beliau juga mengingatkan Nik Aziz bahawa satu ketika dulu Nik Aziz pernah menyuruh Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah meletak jawatan.

“Undurlah segera. Bagi mandat kepada Barisan Nasional. Dulu suruh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah Ahmad Badawi berhenti…mereka dah berhenti pun.

“Suruh orang lain berhenti tetapi kenapa beliau tidak pula berundur, usia sudah lanjut, orang lain juga mahu memegang jawatan itu,” katanya di sini, hari ini.

Beliau yang juga Exco Pemuda UMNO Malaysia seterusnya menegaskan, kegagalan Nik Aziz mentadbir Kelantan lebih ketara apabila negeri berkenaan mencatat kes pengidap HIV tertinggi selama tiga tahun berturut-turut.

“Kalau bab kes HIV, Kelantan adalah juara segala juara. Sudah tiga tahun mereka jadi juara catat kes paling tinggi.

“Inilah cara Pas tadbir Kelantan. Kita perlukan kepimpinan baru yang lebih baik,” katanya.

Beliau turut membidas kerajaan Pas Kelantan pimpinan Nik Abdul Aziz kerana kegagalannya menguruskan air bersih kepada rakyat negeri itu.

“Nak wujud negara berkebajikan konon. Kebajikan rakyat Kelantan pun terabai. Sehingga sekarang mereka masih terima air berkarat.

“Sekarang janjikan pula nak selesaikan masalah air pada 2027…tapisudah 21 tahun mereka tadbir Kelantan, tak cukup lagi masa yang mereka perlukan?,” katanya

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun