Skip to main content

Perkataan ‘Rakyat Hakim Negara’ Hanya Retorik Pembangkang Sebaliknya Mereka Mempergunakan Rakyat Untuk Kepentingan peribadi

“Sebenarnya dalam kes Datuk Seri Anwar ini, ia adalah antara Datuk Seri Anwar dengan Saiful Bukhari, saya kira tidak relevan jika diheret rakyat untuk menjadi Hakim Negara. Rakyat hakim Negara merupakan bahasa yang mereka gunakan tahun 1998, 1999 dan kalau kita nak rakyat menjadi hakim adalah pada pilihan raya nanti,” ujar Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan.

Ujarnya, memang ada sesetengah rakyat melihat perbuatan liwat itu tidak salah tetapi hakim mengatakan liwat salah. Maka, rakyat tidak boleh menjadi hakim dalam kes-kes melibatkan perundangan.

“Saya fahamlah retorik perkataan ‘rakyat hakim Negara’ itu hanya retorik pembangkang. Rakyat menentukan kepimpinan Negara itu betul tetapi rakyat hakim Negara itu tidak betul kerana hakim ini kita bagi pada hakimlah sebab mereka pakar dalam perundangan dan mereka tahu mana salah, mana yang tidak salah.

Apa yang berlaku ialah kes individu, antara Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan. Apa halnya kes antara dua individu ini, nak diseret 100,000 rakyat? Adakah system kehakiman Negara ini tidak telus? Apa yang tidak telus, berapa puluh kali ditangguh atas permintaan mereka sendiri,” ujarnya kepada setelah menerima kunjungan ahli keluarga nelayan Malaysia yang mendapat pengampunan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Susilo Bambang Yudhoyono yang dijadual akan kembali ke tanahair esok.

Tambahnya, beliau boleh tidur lena kerana kes ini bukan dibawa oleh UMNO atau Barisan Nasional untuk membawa Anwar Ibrahim ke Mahkamah. Sebaliknya beliau tidak kisah Anwar Ibrahim bersalah atau tidak kerana ia tidak ada kaitan langsung dengan UMNO atau Barisan Nasional.

“Dari segi keadilan, Saiful juga harus diberikan keadilan. Saya tekankan sekali lagi bahawa UMNO dan BN tidak sama sekali terlibat dalam kes ini. Namun saya tidak boleh tidur lena kalau pihak-pihak begini (pakatan pembangkang) melihat satu keamanan itu sebagai satu bebanan kepada mereka. Ini yang menjadi masalah kepada kita sekarang ini.

Pihak pembangkang melihat kalau Negara ini aman merupakan satu bebanan kepada mereka. Kalau Negara damai, liabiliti kepada mereka dan kalau Negara kita harmoni, maka mereka tidak boleh menang dalam pilihanraya,” ujarnya yang juga Pengerusi Biro Publisiti & Penerangan Barisan Nasional.

Sehubungan dengan itu, negara perlu dikucar-kacirkan dengan pelbagai perkara dan tuntutan-tuntutan yang tidak berfaedah, demostrasi jalanan dan sebagainya.

Maka, niat mereka untuk membawa ratusan ribu orang untuk ‘menyokong Anwar’ boleh menyebabkan Negara kucar-kacir, wujud suasana tidak aman dan memberi imej yang buruk Malaysia kepada Negara luar.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun