Skip to main content

Posts

Recent posts

Menjawab Tuduhan 30 Dalil Mengapa Zahid Hamidi Perlu Berudur

 

Yakin Bahawa UMNO Adalah Parti Keramat

 KATA NAJIB - SAYA TETAP DENGAN BIRU BN  Pandangan orang yang sudah banyak makan asam garam politik biasanya sukar dibaca.  Apabila DS Najib berkata bahawa beliau akan tetap setia dengan UMNO dan beliau akan pertahankan BN, ada yang kurang mengerti. Maklumlah ketika itu BN dan PAS tampak bersemangat untuk bekerjasama. Mengapa perlu ada kata-kata seperti mahu mengasingkan diri dari PAS? Saya sebenarnya sudah dapat merasakan pelbagai kemungkinan, termasuk penarikan diri oleh PAS dari Muafakat Nasional. Saya sendiri pernah berjumpa DS Tajuddin Rahman, perintis Penyatuan Ummah dan menyuarakan kesangsian saya terhadap kesetiaan PAS dalam ikatan tersebut.  Kita tidak menafikan bahawa Islam tidak membenarkan kita mengengkari janji yang dimatri, Islam berpegang kuat pada ikatan tali persaudaraan sesama Islam. Kerana itu sebahagian besar dari kita begitu yakin dengan semangat PAS yang sedia bekerjasama dengan UMNO, demi kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam yang semakin diperkotak-katikkan o

Kerajaan AbahKau @Muhyiddin Tumbang

 Kedudukan sekarang secara tidak rasmi tiga MP UMNO tidak menyokong PN lagi.. Tengku Razaleigh Hamzah. Najib Razak dan Nazri Aziz. Dan satu marxismus ongkili sakit stroke..  Dan Pembangkang satu mati tinggal 108.  Kedudukan Ahli Parlimen dari 113 majoriti di Parlimen kini PN tinggal 110  vs 108 Pembangkang memerlukan tiga orang lagi kerajaan PN ini tumbang.  Jika 4 orang tidak datang waktu pengundian di Parlimen. Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tengku Adnan Mansor. Abd Azeez Rahim dan Bung Mokhar. Rang undang2 tidak lulus. Dikira Kerajaan PN hilang majoriti. Jika berlaku hilang majoriti kerajaan PN bulan depan. Tuanku Agung akan menolak pembubaran Parlimen tetapi menerima perletakan jawatan Muhyiddin Yasin. Tuanku akan menggunakan kuasa 55 Perlembagaaan untuk Memprorog Parlimen selama 6 bulan. Kemudian akan melantik PM sementara dan bukan Anwar Ibrahim.. Masa ini baru kita tahu.. kemana kecenderongan PAS.  Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen. (1) Yang di-Pertuan Agong hend

Lim Guan Eng Terduduk Mendengar Pendedahan Tengku Zafrul.

 PANAS dari Dewan Rakyat.... Menteri Kewangan Dato’ Sri Tengku Zafrul Aziz mendedahkan bahawa sepanjang pemerintahan PH, sebanyak 101 projek perolehan berjumlah RM6.61bilion telah ditawarkan oleh Kerajaan PH secara ‘direct-nego’ (rundingan terus)! Mantan Menteri Kewangan Lim Guan Eng terus terduduk setelah mendengar pendedahan oleh Tengku Zafrul. Apa sudah jadi? Bukankah Lim Guan Eng selama ini sering sebut PH hanya mengamalkan “tender terbuka”? Malah ianya termaktub di dalam manifesto (bukan kitab suci) - Buku Harapan! Lim Guan Eng akhirnya mengakui bahawa semua tender yang ditawarkan melalui rundingan terus diluluskan oleh Kabinet era pemerintahan PH. Menteri Kanan MITI, Dato’ Seri Azmin Ali terus bangun dan mendedahkan di Dewan Rakyat bahawa ianya tidak pernah dibincangkan di Kabinet! Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun, juga bangun untuk mengesahkan dakwaan Azmin. Wah! Ini sesuatu yang amat mengejutkan seluruh rakyat Malaysia! Kalau Kabinet ti

FAKTA SEBENAR PC RAHMAN DAHLAN SERANG BUNG

  Kenapa Rahman Dahlan tolak Bung?  1. Kerana Bung Mokhtar tegas mahu UMNO bertanding minimum 39 kerusi DUN.  2. Bung Mokhtar tidak mahu berkompromi dengan Bersatu Sabah dalam isu kerusi lompat. 3. Pada Bung dan Perhubungan Sabah kerusi UMNO menang dalam PRU 14 adalah milik UMNO. 4. Hal ini menyusahkan pengasas bersama Bersatu Sabah iaitu Tan Sri Musa Aman. Kerana beliau janjikan Bersatu Sabah sebagai Kerajaan Sabah. 5. Oleh itu untuk hidupkan Bersatu dan berikan banyak kerusi, Musa arahkan Rahman buat PC untuk tukar Pengerusi Perhubungan UMNO Sabah dengan alasan Bung ada kes. 6. Rahman sebelum ini telah usulkan Musa Aman sebagai Pengerusi namun Presiden UMNO tolak! 7. Andai Musa jadi Pengerusi Perhubungan BN Sabah, maka semua Bersatu lompat akan mendapat 45 kerusi. Lalu UMNO akan mendapat 1 kerusi sahaja iaitu Dun Sg Sibuga kerusi Musa Aman. 8. Cukuplah menjadi trojan horse Bersatu wahai Rahman Dahlan!!! 9. Agenda PC malam ini adalah survival Bersatu Sabah.  10. Ahli UMNO harus kekal

Kenyataan Media Rahman Dahlan

1) Autonomi UMNO Sabah telah dinanti-nantikan oleh ahli UMNO Sabah dan rakyat Sabah secara amnya sejak sekian lama.  2) Sentimen rakyat Sabah keseluruhannya mahukan parti-parti politik di Sabah ditentukan hala tujunya oleh orang Sabah sendiri. 3) Kami percaya pemimpin-pemimpin Umno Sabah mampu menentukan hala tuju Umno Sabah sesuai dengan kehendak rakyat Sabah dan situasi politik masa kini. 4) Autonomi inilah yang dinanti-nantikan oleh rakyat Sabah dan ahli Umno sejak UMNO bertapak di Sabah 29 tahun yang lalu. 5) UMNO Sabah telah mencadangkan autonomi UMNO Sabah sejurus UMNO tidak lagi menjadi kerajaan di pusat dan di negeri Sabah. Kami melihat inilah cara yang terbaik untuk mengembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO Sabah. 6) Saya sendiri telah berjumpa dengan Presiden UMNO pada bulan Julai 2018 dan memberi sebab-sebab kenapa UMNO Sabah perlu diberikan autonomi politik dalam keadan politik masa kini. Alhamdulillah, Presiden menyokong autonomi Sabah kerana beliau merasakan inilah for