Skip to main content

Kerajaan AbahKau @Muhyiddin Tumbang

 Kedudukan sekarang secara tidak rasmi tiga MP UMNO tidak menyokong PN lagi.. Tengku Razaleigh Hamzah. Najib Razak dan Nazri Aziz. Dan satu marxismus ongkili sakit stroke..  Dan Pembangkang satu mati tinggal 108. 


Kedudukan Ahli Parlimen dari 113 majoriti di Parlimen kini PN tinggal 110  vs 108 Pembangkang memerlukan tiga orang lagi kerajaan PN ini tumbang.  Jika 4 orang tidak datang waktu pengundian di Parlimen. Dr Ahmad Zahid Hamidi. Tengku Adnan Mansor. Abd Azeez Rahim dan Bung Mokhar. Rang undang2 tidak lulus. Dikira Kerajaan PN hilang majoriti.


Jika berlaku hilang majoriti kerajaan PN bulan depan. Tuanku Agung akan menolak pembubaran Parlimen tetapi menerima perletakan jawatan Muhyiddin Yasin. Tuanku akan menggunakan kuasa 55 Perlembagaaan untuk Memprorog Parlimen selama 6 bulan. Kemudian akan melantik PM sementara dan bukan Anwar Ibrahim.. Masa ini baru kita tahu.. kemana kecenderongan PAS.


 Perkara 55. Memanggil, memprorog dan membubarkan Parlimen.


(1) Yang di-Pertuan Agong hendaklah memanggil Parlimen dari semasa ke semasa dan tidak boleh membiarkan enam bulan berlalu antara persidangan yang akhir dalam satu penggal dengan tarikh yang ditetapkan untuk mesyuarat pertamanya dalam penggal yang berikutnya.


(2) Yang di-Pertuan Agong boleh memprorog atau membubarkan Parlimen.


 Perlantikan semasa memprorog parlimen tidak terpakai bagi perlantikan PM mengikut majoriti kerana dia sah laku 6 bulan sahaja.. anggota di luar Parlimen boleh di lantik. Sekiranya berlaku Muhyiddin Yasin letak jawatan, Tidak ada satu kumpulan yang cukup

majoriti utk membentuk kerajaan. Di sinilah YD Tuanku Agung menggunakan kuasa Perlembagaan untuk memprorogkan Parlimen atau Parlimen diberhentikan dari bersidang selama tidak lebih dari enam bulan. Dimana salepas itu terus ke pembubaran Parlimen.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun