Naib Presiden UMNO Tan Seri Muhyiddin Yassin "Ini bukan untuk merungkai dan mulakan daripada sifar, tetapi untuk memperkukuhkannya semula selepas 50 tahun... apa-apa skru yang longgar diperkemaskan balik. Ada baiknya kita tengok semula mana yang perlu di perkukuhkan, sebab 50 tahun sudah berlalu dan kini ada generasi kedua atau ketiga yang mungkin tidak mendalami dan menghayati prinsip yang dipersetujui pemimpin pada awal kemerdekaan dulu."
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All...
Comments