Dalam aspek pentadbiran, ia adalah sesuatu yang Najib sepatutnya mampu untuk uruskan. Najib hanya akan mengambil alih kepimpinan negara pada bulan Mac 09. Najib sudah berpuluh-puluh tahun dalam Kabinet dan merupakan salah seorang pemimpin UMNO yang disegani. Jesteru itu , tidak wajar jika ada mana-mana pihak cuba memperkecilkan kewibaan Najib dengan menganggap beliau akan mengikut telunjuk sesiapa dalam kepimpinannya. Pic: Mesyuarat MKT UMNO 26.09.09
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments