Setiap calon yang bertanding jawatan pada pemilihan UMNO Mac depan agar tidak menyerang peribadi ketika berkempen. Cara sedemikian bukan sahaja dilihat, tetapi juga boleh memberi kesan tidak baik dalam proses pemilihan kepimpinan parti. Seboleh-bolehnya (kita jangan sentuh peribadi) kita ada etika-itika yang perlu diberi perhatian. Kita kempenlah secara terbuka, merayu secara baik dan berharap ia tidak melibatkan hal peribadi. Lumrahnya kadang-kadang manusia ini apabila dalam kesempitan ia akan mengambil langkah-langkah tertentu sehingga mengheret parti ke mahkamah dan kadang-kadang bergaduh. Pic; Pemangku Ketua Bhg BTR Datuk Rahim Baba di majlis peresmian Pergerakan Wanita, Pemuda dan Putri bhg. BTR pada 11.10.08 di PWTC
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments