Parti UMNO akan gulung tikar tidak lama lagi sekiranya tidak ada usaha bersungguh-sungguh untuk membanteras politik wang, jangan harap parti terbesar orang Melayu berupaya untuk bertahan sekiranya amalan rasuah politik dibiar berluluasa seperti hari ini. Rasuah politik terjadi disemua peringkat dalam parti . Ini amat menyedihkan dan inilah yang akhirnya akan menutup tirai UMNO. Tetapi setakat ini walaupun ada usaha pihak yang diberi tanggung jawab mencegahnya (Badan lembaga disiplin parti) sepanjang musim pemilihan seperti ini, kita sedar ada sogokan untuk meraih pencalunan, tetapi berapa orang yang ditangkap atas kesalahan tersebut. Pic Jamuan hariraya di anjurkan olih hartawan Dato' Aziz Cemor di hotel Concord KL pada 21.10.08 bersama penulis Blog.
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments