Fakta sejarah yang menyamakan orang Melayu sebagai kaum pendatang dari Nusantara ke bumi Malaysia seperti juga orang Cina dari tanah besar China dan orang India dari benua India perlu di perbetulkan. Kenyataan sebenarnya mengenai Melayunya ialah, Melayu itu berasal dari Nusantara. Negeri-negeri seperti Tanah Melayu, Patani, Indonesia, Kalimantan, Sulawesi, Brunei, Mindanao, Palawan, Riau dan Singapura adalah sebahagian daripada Nusantara. Melayu penduduk asal Nusantara. Pada asalnya mereka semua Melayu dan bertutur bahasa Melayu yang berpaksi pada bahasa Melayu Nusantara. Mereka mungkin bercakap dalam dialek Jawa, Tigalog, Bugis, Minangkabau, Aceh, Banjar dan banyak dialek lagi. Seperti orang Cina menggunakan dialek Hakka, Hokkien, Taucho tetapi mereka tetap berbahasa Cina. Melayu yang berhijrah dari satu kawasan ke kawasan lain dalam lingkungan alam Nusantara. Di mana juga mereka berada, mereka mengamalkan kebudayaan yang berakar umbi dari negeri-negeri alam Nusantara. Mereka berinteraksi dalam bahasa Melayu Nusantara. Kajian arkeologi membuktikan orang Melayu sebagai penduduk asal Nusantara termasuk di Malaysia. Perpindahan orang Cina dan orang India ke Malaysia adalah akibat desakan ekonomi. Mereka terpaksa atau dipaksa kemari kerana kepentingan ekonomi. Pic: Mesyuarat MKT UMNO 26.09.08
Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All
Comments