Skip to main content

Air Mani AnWar Dalam Dubur Saiful Berpunca Dari Najib Dan Rosmah.


                                             
Sah Saiful Bukhari DiLiwat

Dalam kes liwat 1 yang melibatkan Anwar Ibrahim pada tahun 1998, kenyataan penghakiman yang dikeluarkan adalah seperti berikut:  “Kami menemui bukti yang mengesahkan bahawa tertuduh benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual dan kami cenderung untuk percaya yang kejadian di Tivoli Villa benar-benar berlaku….” 

Dalam kes liwat 2 pula, kenyataan penghakiman telah menerima keterangan berlakunya penetrasi dubur Mohd Saiful Bukhari dan menemui sperma ‘lelaki Y’, namun disebabkan tiada bukti sokongan ia tidak selamat untuk mahkamah mensabitkan ahli parlimen Permatang Pauh itu dengan tuduhan liwat memandangkan integriti sampel yang diambil telah tergugat sebelum dihantar untuk analisis kimia.

Sekadar mengingatkan pembaca, ‘DNA lelaki Y’ telah disahkan sepadan dengan DNA Anwar yang didapati dari bahan-bahan yang digunanya dan kemudian dibuang, di lokap polis.  

Anwar dan penyokong-penyokong boleh meraikan ‘kejayaan’ mereka dalam kes ini.  Tetapi hakikat bahawa Saiful Bukhari telah diliwat pada waktu di mana beliau dan Anwar berada di dalam bilik yang sama dan berdua-duaan, mengikut bukti rakaman CCTV dan keterangan saksi, tidak boleh disangkal sama sekali.  

Lagipun, jika Anwar baru pertama kali ditangkap, mungkin alasan ‘keraguan’ boleh diterima sebagai beliau tidak bersalah.  

Tetapi ini adalah kali kedua, di mana pada kali pertama ketiga-tiga hakim bersetuju bahawa beliau benar-benar terlibat dalam aktiviti homoseksual atau meliwat, maka menolak bahawa Anwar bersalah atas alasan ‘terdapat keraguan’ sudah tidak boleh diterima lagi.  

Itu belum lagi dikira dengan hujah peguam Anwar yang menekankan soal ‘liwat suka sama suka’ dan bukannya ‘Anwar bukan peliwat’.   

Pendek kata, selain dari sampel yang dikatakan dibuka oleh pegawai penyiasat dan diragui oleh hakim, segala bukti dan saksi termasuk hujah-hujah peguam Anwar sendiri, teks pembelaan diri yang dibaca Anwar, sikap Anwar, orang-orang kelilingnya, sejarah dan perkembangan semasa dirinya dan semua dan segala-galanya menjurus kepada satu fakta iaitu, Anwar seorang peliwat.  

Bagaimanapun, oleh kerana Anwar telah bebas, walau atas apa jua alasan, maka beliau berhak meraikannya.   

Dan inilah yang dihairankan iaitu entah kenapa kita melihat seolah-olah orang-orang kuat Anwar sendiri tidak begitu gembira malah agak marah dengan keputusan ini.  Majlis keraian yang kita jangkakan pastinya amat meriah, tidak berlaku.  

Sebaliknya, Azmin, misalnya, kelihatan agak marah selepas keputusan diumumkan.  Mungkin beliau marah kerana gagal membuktikan mahkamah tidak adil.  Wan Azizah pula kelihatan memberi senyum yang dibuat-buat ketika memeluk Anwar, sebagai syarat.  

Atau mungkin keluarga dan sahabat-sahabat Anwar ini marahkan hakim kerana menggagalkan rancangan mereka untuk merusuh besar-besaran,  Dan tidak mustahil juga mereka marahkan diri sendiri kerana gagal menyingkir Anwar.  

Sedarkah kita bahawa, jika dulu penyokong-penyokong Anwar di Malaysia terdiri dari mereka-mereka yang benar-benar percaya beliau tidak bersalah, tetapi kini, penyokong-penyokong Anwar terbahagi kepada dua golongan:  

Satu, golongan yang benar-benar benak dan taksub mempercayai Anwar tidak bersalah dan suci bersih.   

Dan dua, golongan LGBT dan penganut fahaman plural yang cukup maklum akan selera dan perjuangan Anwar untuk meletakkan hak mereka di negara ini.  

Seimbas pandangan, kelihatannya golongan kedua adalah lebih ramai di dalam kumpulan penyokong Anwar hari ini, berbanding golongan pertama.   Kerana itu, ceramah-ceramah Anwar tidak mendapat sambutan seperti dahulu.  Jika mendapat sambutan pun, ia adalah kerana ramainya penyokong-penyokong PAS yang buta tuli dan sanggup datang memberi sokongan kepada Anwar demi PAS dan Islam, kononnya.  

Dalam kesesatan mereka, mereka boleh bertakbir semahunya ke atas Anwar dan boleh bersolat hajat sebanyak mungkin.  Namun, hakikat bahawa penetrasi berlaku dan Saiful telah diliwat oleh Anwar tidak boleh disangkal.  

Anwar dihantui oleh hakikat ini sehinggakan matanya semakin cengkung akibat tidak dapat tidur dengan nyenyak kerana Anwar tahu mahkamah dunia mungkin boleh dikelirukan, tetapi mahkamah akhirat tetap menunggunya.  

Mungkin kerana itu, Anwar sudah mula bercakap soal persaraan dan kita pasti ini akan melegakan orang-orang sekelilingnya yang sudah letih menangani karenahnya yang gila seks dan gila kuasa.  

Lebih lama Anwar berpolitik, lebih banyak skandal bakal terdedah atau bakal diciptanya di kemudian hari…

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun