Skip to main content

Komunis Kejam- Mat sabu Hilang Kredibiliti.

Mat Sabu berhujah bahawa kononnya Mat Indera adalah pejuang kemerdekaan berhaluan kiri dan bukan ahli komunis. Mat Sabu juga membuat “pusingan U” dengan mendakwa bahawa Komunis merupakan pengkhianat negara, semata-mata untuk mengambil hati para pesara tentera, polis, keluarga mangsa dan rakyat negara ini yang marah padanya.

Namun, jangan dilupa, Mat Sabu juga mendakwa bahawa individu Melayu yang berkerja dengan British bukanlah pejuang kemerdekaan sebagaimana yang dilabelkannya kepada Tunku Abdul Rahman dan Datuk Onn Jaafar. Malah, untuk menghalalkan serangan Mat Indera terhadap anggota polis Bukit Kepong yang terkorban, Mat Sabu juga melabelkan semua para anggota polis tersebut sebagai pegawai penjajah, dan wajar diserang.

Dalam ertikata lain, menyerang Rumah Pasung Bukit Kepong tersebut bolehlah disamakan dengan menyerang British dan kepentingannya. Jelas sekali Mat Sabu menghalalkan darah anggota polis Bukit Kepong dan para penduduk kampung dalam kejadian itu.

Baiklah. Jika itu kesimpulan dari hujah Mat Sabu, maka bolehlah saya simpulkan bahawa Mat Sabu mengganggap pada mana-mana individu yang berkhidmat dan dibayar gaji oleh British ketika itu sebagai “pengkhianat bangsa” kerana bekerja dengan penjajah. Boleh Abang Mat? Bukankah itu yang Abang Mat maksudkan dalam ceramah tersebut?

Jika betul begitu, maka di dalam peristiwa Bukit Kepong, maka bolehlah saya simpulkan bahawa Mat Indera dan Komunis yang menyerang Balai Polis itu berada dipihak yang benar dan pejuang kemerdekaan. Manakala anggota polis dan penduduk kampung yang mempertahankan Balai Polis milik British itu sebagai “penjahat” dan “pengkhianat bangsa dan negara”. Begitu?

Jika begitu, jelas sekali Mat Sabu sendiri keliru dengan hujahnya. Hujahnya itu hanya lebih merumit dan menyukarkan keadaannya yang hebat dikecam. Saya yakin, sekiranya Allahyarham Sarjan Jamil terselamat dan masih hidup, Ketua Balai Polis Bukit Kepong itu pasti akan memijak-mijak kepala Mat Sabu sambil meludah muka Timbalan Presiden Pas itu berkali-kali!

Pada saya, perkembangan Mat Sabu yang terkini jelas menunjukkan dirinya yang semakin tersepit dengan permainan politiknya sendiri. Itulah padahnya apabila cuba menegakkan benang yang basah dan akhirnya jarum tercucuk di mata sendiri. Tujuan ceramah Mat Sabu itu untuk meraih pengundi terhadap Pakatan Haram, namun sebaliknya pula yang berlaku! Rakyat marah pada Mat Sabu!

Melihat kemarahan rakyat inilah maka pemimpin Pakatan Haram yang lain turut marahkan Mat Sabu yang cuba bermain api dan mencipta kontroversi murahan yang akhirnya merugikan Pakatan mereka. Karpal Singh, seorang peguam pun tidak mampu lagi memutarkan kata-kata bagi mengawal kemarahan rakyat terhadap Pakatan Haram.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun