Skip to main content

PHONESEX MAT SABU NORMAH 1994 - 1peluru.blogspot.mp4

Apa agaknya pencacai dia akan bagi alasan untuk membantunya. Alasan hantar ubat sakit gaut?. Sampai begitu teruk sakitnya hingga isteri orang kena hantar ubat tanpa ditemani suami atau mohrim nya. Jika sakitnya teruk sangat, dia patut minta pihak hotel atau dia sendiri menghubungi doktor untuk bantuan perubatan. Bukan minta tolong bini orang hantar ubat. Seterusnya bini orang itu buka tudung, cabut cincin dan buka kasut dihadapan bukan mohrimnya. Haram mendedahkan aurat di hadapan Mat Sabu tu!.
Kononnya satu konspirasi telah berjalan selama 5 hari untuk memerangkapnya hingga akhirnya dia berjaya ditangkap khalwat pada 31/1/1995. Jadi apa yang tak kenanya?. Para pegawai yang menjalankan tugas tersebut dibayar gaji untuk bertugas. Dan salah satu tugas mereka adalah menangkap lelaki/perempuan Islam yang berzina atau berkhalwat. Samada 5 hari atau 5 tahun, itu tugas mereka. Yang pastinya awak telah ditangkap berduaan dengan seorang perempuan (bini orang yang sah) didalam bilk hotel.
Dia mendakwa bahawa tidak samapai 5 minit setelah Normah masuk dan berada dan berduaan dengannya di bilik 121hotel perdana (dia sendiri yang mengakuinya seperti dalam ceramahnya) maka pihak berkuasa menyerbu bilik tersebut. Hasilnya pihak berkuasa mendapati dia dan Normah berduaan sahaja di bilik tersebut wal hal Normah adalah isteri orang. Bolehkag isteri orang masuk kebilik lelaki yang bukan suaminya atau bukan mohrimnya?.
Sayangnya rakaman perbualan telefon tak berapa terang. Sudah tentu dia senang nak spin. Tetapi hasil urutan pendakwaan dan pembelaan dalam perbicaraan mahkamah kes khalwatnya sudah tentu direkodkan semasa perbicaraan. Apa alasannya dia berdua-duan dengan Normah isteri orang dalam bilik hotel 121 tanpa ditemani mohrem. 5 minit berduaan ditempat sunyi dan terlindung. Khalwatlahtu...
Dia pakar sumpah seranah terhadap orang lain. Baginya orang lain terutamanya lawan politiknya adalah orang jahat, kotor, tidak islam, perasuah, penzina, peliwat. Buktinya Anwar lawan politiknya dahulu digelar Al-Juburi. Eloklahtu.. belanga mengata kuali hitam. Wal hal dua-duanya adalah hitam akibat dicemari jelaga dan arang. 

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun