Skip to main content

Dolak Dalih Ronnie Gamatkan Dewan.mp4

Shah Alam - Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor semalam menjadi hangat apabila YB Wong Kun Moon (BN- Kuala Kubu Bharu), Mempersoalkan tindakan Exco, Ronnie Liu kerana sering berdolak dalih apabila isu penguatkuasaan pusat hiburan dibangkitkan. Ronnie dikatakan menuding jari terhadap polis kerana didakwa gagal memberi kerjasama penguatkuasaan pusat hiburan. Kun Moon berkata, beliau sedia membawa Ronnie meninjau kawasan pusat hiburan tersebut jika benar polis enggan bekerjasama seperti yang didakwa ADUN Pandamaran itu. "Bagaimana Exco (Ronnie) tahu polis tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT), sedangkan PBT yang sepatutnya bekerjasama dengan mereka. "Pusat hiburan ini dibawah kuasa PBT, polis tidak akan tahu sama ada pusat hiburan itu ada lesen atau tidak", katanya. Sementara itu, YB Datuk Johan Abd Aziz (BN - Semenyeh) mendakwa, terdapat 21 pusat hiburan seperti karaoke, snuker dan permainan video dikesan dikawasannya membabitkan Taman Tasik semenyeh. "Bagaimanapun, beliau (Ronnie) kata ada empat pusat hiburan yang sah di DUN Semenyeh sahaja. Bila penguatkuasaan hendak dibuat? Sedangkan PBT ada kuasa untuk tutup pusat hiburan ini. "Jadi, saya minta Exco terbabit tetapkan tarikh bertemu dengan polis dan turun padang. Jangan asyik hendak berdolak dalih dan menyalahkan pihak penguat kuasa terbabit"' katanya.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun