Skip to main content

Janji Selesai Empat hari - Pembeli PKR Peter Brickworks Tuntut Janji MB ...

SHAH ALAM 15 Nov.- Kira-kira 50 pembeli Rumah Kos Rendah (RKR) Peter Brickworks E PJS 1 berkumpul di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk bertemu dengan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim bagi menyelesaikan masalah rumah mereka yang masih belum dibina pihak pemaju.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembeli Blok E PJS 1, S.Sugumaran, pihaknya telah bertemu dengan Menteri Besar pada 16 Jun lalu semasa Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) dan beliau berjanji akan menyelesaikan masalah tersebut dalam empat hari.

“Selepas lima bulan masa berlalu namun tiada sebarang tindakan konkrit telah diambil oleh mana-mana pihak bagi menyelesaikan masalah kami.

“Kita telah empat kali menghantar surat kepada Menteri Besar iaitu pada 13 Jun, 19 Ogos, 26 September dan terbaru 8 November namun masih tiada jawapan bagi surat-surat tersebut,” ujarnya selepas mengadakan demonstrasi secara aman di sini hari ini.

Tambahnya, pihaknya hairan mengapa Menteri Besar mengambil masa yang lama bagi menyelesaikan masalah mereka tetapi dalam masa 30 hari boleh menarik balik arahan menghentikan kerja (stop work order) bagi pembinaan projek kondominium mewah.

Jelasnya lagi, mereka telah bertemu dengan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi menyelesaikan masalah Rumah Panjang PJS 1 yang kini menjadi rumah sementara mereka sebelum dapat menghuni Blok E yang masih terbengkalai.

“Dalam lima bulan ini sudah tiga kali banjir berlaku di rumah kami akibat penutupan longkang besar oleh pihak pemaju dan air yang bertakung selepas banjir reda menimbulkan banyak masalah kesihatan kepada penduduk setempat,”katanya.

Beliau menambah, pihaknya telah bertemu dengan MBPJ bagi menyelesaikan masalah banjir namun sehingga kini masalah tersebut gagal ditangani dengan sempurna oleh mereka.

Sementara itu, kumpulan tersebut yang mahu menemui Menteri Besar menolak dari membincangkan masalah tersebut dengan Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Setinggan, Iskandar Samad yang hadir bertemu kumpulan tersebut di hadapan pintu pagar SUK.

Setelah didesak, Iskandar bersetuju hanya 12 orang dari kumpulan tersebut dibenarkan bertemu Menteri Besar selepas sessi Dewan Undangan Negeri (DUN) berhenti untuk makan tengahari kira-kira 2.00 petang.

Sugumaran yang ditemui selepas pertemuan tersebut memberitahu, Menteri Besar meminta tempoh seminggu lagi untuk perkara tersebut diselesaikan selepas mereka berbincang.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun