Skip to main content

Kemelut Ladang Lembu NFC YB Datuk Seri Noh Omar

Saifuddin Nasution, Rafizi Ramli dan Zuraidah “Mak Lampir”, memang payah nak mengajar “lembu-lembu” ini untuk memahami isu sebenar di sebalik kemelut ladang lembu National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC). Sebaliknya ketiga-tiga ekor “lembu” ini memilih untuk terus menjadi dungu dari memilih untuk berfikir secara adil dan rasional.
Ketiga-tiga ekor “lembu” itu marah-marah dan membuat kenyataan akhbar mengenai kemelut NFC di lobi Parlimen baru-baru ini. Dalam kenyataan mereka tersebut, mereka menyalahkan kerajaan kononnya mengamalkan krosnisme dan nepotisme kerana memberikan kelulusan projek bernilai lebih RM250 juta itu kepada suami dan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.
Kemudian, mereka mempersoalkan tentang jumlah pinjaman (soft loan) sebanyak RM250 juta yang diberikan kepada NFC. Kononnya, jumlah tersebut terlalu banyak dan melibatkan wang rakyat. Tanpa disedari, tuduhan itu dilakukan di lobi parlimen dan sekiranya tidak benar, maka ia bakal mendedahkan ketiga-tiga ekor “lembu” itu kepada tindakan undang-undang, terutamanya dari Sharizat sendiri mahupun dari NFC.
Sekiranya dirujuk kepada Laporan Audit Negara 2010, ia memberitahu bahawa…
“Program tersebut telah berjaya mencapai sasaran yang ditetapkan oleh kementerian. (RUJUK MUKA SURAT 138 LAPORAN YANG SAMA). Geran pelancaran projek PFN berjumlah RM13 juta kepada NFC telah diluluskan pada 3 Oktober 2007 bagi penyediaan infrastruktur. Sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFC pada 25 Oktober 2007 dan Kementerian memutuskan baki geran pelancaran hanya akan dibayar setelah perjanjian perlaksanaan ditandatangani.
Selain daripada geran pelancaran, Kementerian Kewangan juga telah meluluskan pinjaman mudah (soft loan) berjumlah RM250 juta kepada NFC dengan kadar faedah 2% setahun bagi tujuan pembiayaan kos pembangunan dan operasi PFN. Pinjaman mudah ini telah ditandatangani di antara Kementerian Kewangan dan NFC pada 6 Disember 2007 dan sehingga akhr tahun 2010, sejumlah RM134.72 juta telah disalurkan kepada NFC.
Bagi tahun 2007 sehingga 2010, sejumlah RM48.71 juta (66.1%) telah dibelanjakan daripada peruntukan keseluruhan berjumlah RM73.64 juta untuk membangunkan projek PFN.
Kesemua perbelanjaan ini melibatkan pembangunan infrastruktur yang sebenarnya turut melibatkan sebuah syarikat lain iaitu APT Equity Sdn. Bhd menerusi tender terbuka bagi perlaksaan merekabentuk, membina, membersihkan kawasan, menanam rumput dan membangunkan infrastruktur pengairan melibatkan keluasan tanah 5,000 ekar bagi tempoh 28 Disember 2006 sehingga 27 Jun 2007.
Bagaimanapun, syarikat berkenaan gagal menyiapkan kerja-kerja mereka pada tarikh yang ditetapkan sebaliknya hanya mampu menyiapkan kerja-kerja mereka pada 17 Januari 2008 melibatkan 3 lanjutan masa selama 204 hari. Begitu juga dengan kerja-kerja pembinaan pagar berangkai dan jalan ladang melibatkan keluasan tanah seluas 2000 ekar. -dipetik dari Sel13.com
Pertamanya, adalah tidak wajar untuk menyalahkan Datuk Seri Shahrizat Jalil dalam hal ini memandangkan ketika itu beliau tidak punya sebarang jawatan dalam kerajaan. Ketika itu dia baru saja kalah pilihanraya ditangan Izzah di Parlimen Lembah Pantai.
Lagipun, projek tersebut dibentangkan oleh NFC sendiri kepada Kementerian Pertanian yang ketika itu di bawah Tan Sri Muhyiddin Yassin. Memandangkan NFC ketika itu punya kepakaran Dr. Rosli Mailam dan kerjasama dengan pembekal lembu dari Australia Lambert Agriculture Trade (M), maka permohonan pinjaman itu berjaya meyakinkan Muhyiddin untuk meluluskannya.
Tambahan pula, ketika itu negara ini sedang dalam usaha mempertingkatkan industri “livestock” memandangkan permintaan yang tinggi, maka tidak salah untuk memberikan pinjaman tersebut kepada yang layak. Apatah lagi ketika itu juga industri berkenaan dimonopoli oleh sebilangan “tauke” bukan Bumiputera dan bukan Islam sering memanipulasi harga daging mentah dinegara ini, maka usaha dari sebuah syarikat Bumiputera Islam seperti NFC perlu digalakkan. Salahkah kerajaan meluluskan kepada yang layak atas merit?
Seperkara yang perlu ketiga-tiga ekor “lembu” itu faham ialah pinjaman tersebut adalah sebuah pinjaman biasa yang dibuat oleh sebuah syarikat swasta kepada kerajaan. Ada perjanjian dan ada kontrak yang perlu ditandatangani. Syarikat itu juga perlu membayar pinjaman tersebut mengikut jadual. Sama ada syarikat itu gagal buat keuntungan atau mengalami kerugian, ia tiada kena mengena dengan kerajaan selepas perjanjian pinjaman ditandatangani.
Sepatutnya, NFC yang tampil menjawab segala pertikaian ketiga-tiga ekor “lembu” tersebut mengenai perkara ini. Sebaiknya, ketiga-tiga ekor “lembu” itu pergi ke pejabat NFC dan berjumpa dengan pengarah-pengarahnya tentang perkara itu. Itu pun kalau mereka nak layan “lembu-lembu” itulah!
Sebenarnya, kemelut ini adalah ibarat sebuah syarikat meminta pinjaman dari sebuah bank untuk memulakan perniagaan. Setelah bank puas hati dengan “presentation” yang meyakinkan, maka pinjaman diluluskan. Namun, sekiranya syarikat itu gagal dan rugi, atau tak mampu nak bayar balik pinjaman tersebut, maka mungkin bank diberi kuasa untuk mengambil alih syarikat tersebut, melelongnya, menyaman syarikat tersebut dan sebagainya.
Dalam kes NFC ini, kerajaan mungkin boleh mengenakan denda kepada NFC dan mengambil alih projek tersebut di bawah mana-mana GLCnya, termasuk FELDA. Itu saja isunya dan tiada kena mengena dengan politik pun.
Jelas sekali ketiga-tiga ekor “lembu” itu sengaja mengambil kesempatan untuk mempolitikkan perkara ini dan memburuk-burukkan kerajaan, terutamanya Datuk Seri Shahrizat Jalil. Niat jijik dan busuk perut mereka itu jelas berlawanan dengan usaha meningkatkan ekonomi negara, khususnya Bumiputera Islam.
Perlu diingatkan bahawa NFC telah meletakkan sasaran 8,000 ekor lembu setahun memandangkan sasaran awal 60,000 ekor setahun untuk dipasarkan adalah terlalu tinggi untuk syarikat tersebut. Apatah lagi perniagaan syarikat itu mendapat saingan hebat dari “tauke-tauke” yang memonopoli industri “livestock” itu.
Difahamkan, “tauke-tauke” itu mendapatkan bekalan lembu dari negara Thailand yang jauh lebih murah dan “kurus” berbanding lembu-lembu NFC yang diperoleh dari Australia yang lebih mahal dan lebih banyak dagingnya. Persaingan itu turut menjadikan NFC terpaksa bergelut dengan pasaran semasa yang mahukan daging yang lebih murah. Itu hakikatnya.
Justeru itu, tidak wajar sekali kita mempolitikkan perkara ini. Kerajaan dan Shahrizat tidak wajar dipersalahkan. NFC perlu dibantu dan perlu diberi galakan sewajarnya untuk memecahkan monopoli industri “livestock” yang dikuasai oleh bukan muslim. Salahkah kita membantu syarikat bumiputera muslim yang mahu berusaha sedemikian? Mereka bukan buka rumah pelacuran atau rumah urut pun…(tulisan blog Taipinmali)

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun