Skip to main content

satim diman

Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Satim Diman berkata, Bajet 2012 yang dibentangkan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim adalah retorik daripada Bajet 2009 yang dibentangkan oleh Menteri Besar pada 20 Oktober 2008, iaitu bajet pertama kerajaan pakatan pembangkang yang menjadi landasan penting hala tuju pentadbiran mereka dan bajet-bajet berikutnya pada 2010, 2011 dan 2012.

“Dalam konteks ini, saya ingin memfokus kepada satu isu asas iaitu Manifesto PRU 12 dan penekanan ketiga-tiga bajet 2009 – 2011 untuk mewujudkan pentadbiran yang telus, bertanggungjawab selaras dengan prinsip-prinsip urus tadbir baik ’good governance’. Menteri Besar sendiri, dengan imej tokoh korporat tersohor negara, selalu menggembar-gemburkan pentadbiran berwibawa, telus, adil selaras dengan prinsip tadbir urus baik.

“Dalam Bajet 2009, Menteri Besar telah mempersoalkan sumbangan Kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menjadikan negeri Selangor Negeri Maju pada 2005, menuduh pentadbiran Kerajaan BN tidak telus, ikhlas dan bertanggungjawab, memberi kontrak kepada syarikat-syarikat kroni, mengamalkan dasar penswastaan yang berat sebelah kepada syarikat-syarikat swasta dan tidak cekap dalam menguruskan perbelanjaan Kerajaan negeri,” ujarnya ketika membahaskan Belanjawan 2012 di Sidang DUN Selangor pagi tadi.

Tambahnya, namun demikian selepas memerintah selama 3 tahun 7 bulan, cakap tak serupa bikin kerana terdapat banyak kes-kes dan keputusan-keputusan Menteri Besar sendiri boleh dipersoalkan dari segi tahap integriti dan kewibawaannya.

“Antaranya penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan di Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) dan Yayasan Selangor selain penyalahgunaan kuasa, penyelewengan dan ketidakcekapan dalam pengurusan industri pasir oleh syarikat Kerajaan negeri iaitu Kumpulan Semesta Sdn. Bhd.

“Selain itu, prestasi dan masalah pengurusan Universiti Industri Selangor (UNISEL) dan penyelesaian pinjaman TALAM Corporation sebanyak RM391 million, isu tanah Yayasan Basmi Kemiskinan, perlantikan dan peranan Pasukan Perunding dan Penasihat Kerajaan dan agensi-agensi Kerajaan Negeri, isu perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, dan baru-baru ini isu kontroversial membabitkan pemeriksaan Gereja Methodist Damansara Utama oleh Jabatan Agama Islam Selangor,” ujarnya yang juga ADUN Seri Serdang.

Jelas beliau, rakyat Selangor masih menunggu dan menuntut janji-janji Menteri Besar Selangor untuk mengeluarkan Kertas Putih mengenai isu TALAM CORPORATION, Tanah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), pengisytiharaan umum aset-aset ahli-ahli Exco serta laporan isu rakaman video di pejabat Menteri Besar yang telah luput tempoh dan sehingga sekarang tidak ada sebarang berita.

“Inikah contoh pemerintahan yang telus, ikhlas dan bertanggungjawab seperti yang selalu digembar-gemburkan. Kami cabar dan beri tempoh kepada YAB Menteri Besar untuk menunaikan janji-jani tersebut sehingga akhir Disember tahun ini. Kalau gagal, terbukti YAB Menteri Besar seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab dan pembohong. Cakap tak serupa bikin,” ujarnya lagi.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun