Skip to main content

Penggundi Parlimen Pasir Salak Pilih BN-Datuk Tajuddin Abdul Rahman.

Debat tidak dapat MENYELESAIKAN sebarang masalah. Pelaksanaan atau rombakan sistem yang perlu diperbetulkan daripada pembentukan diri sebagai pemimpin yang berwibawa(individu) sehingga kepada membaik pulih sebarang sistem yang perlu untuk menjadikan ianya lebih efisyen, adil, harmoni dan NYAH PENINDASAN.

USAH bertelagah siapa perlu jadi pemimpin pada masa akan datang. Rakyat sudah muak melihat orang-orang yang terkenal dan sudah matang bertelagah sesama sendiri. Kita bukan mahu melihat siapa menang 'Laga Ayam'. Seorang pemimpin perlu ada 3 perkara penting ILMU(Bijak), ADIL dan AMANAH.


Ilmu bukan untuk di debatkan, tetapi untuk DILAKSANAKAN untuk kebaikkan SEMUA. Menjadi pemimpin bukan sekadar menjadikan ianya PROFESION untuk menyara keluarga, atau menunjukkan handal BERPIDATO, tetapi untuk memimpin satu KOMUNITI kearah yang lebih baik dan harmoni.

Satu SISTEM yang baik dan harmoni, akan dicontohi pula dinegara yang lain nanti, maka dengan sendirinya yang batil akan musnah. Itulah yang dimaksudkan;

"Apabila yang HAK timbul, maka yang BATIL akan MUSNAH"

Ianya bukan sekadar menjadi manifesto atau sorakkan parti untuk menunjuk-nunjuk atau mencetus PROVOKASI sesama sendiri, tapi perlu dilaksanakan ('Take Action').

JADI kita tidak perlu menunding jari atau menghina sesiapa pun dalam hal ini, malahan boleh nasihat-menasihati antara satu sama lain untuk MENCIPTA SISTEM YANG ADIL & HARMONI, pelaksanaan perlu di-LAKSANAKAN daripada skop yang lebih kecil(diri sendiri,keluarga) kepada skop yang lebih besar (mukim,negeri,negara, satu dunia).

Insyaallah. Saya DOAKAN semua pemimpin dan rakyat MALAYSIA kesemuanya sihat sejahtera, aman dan bahagia tidak kira siapapun anda . Mula Bertindak Untuk Kebaikkan SELURUH UMAT MANUSIA.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun