Skip to main content

DAP Sokong Hudud, Hanya Karpal Yang Tentang



DAP Sokong Hudud, Hanya Karpal Yang Tentang

Walaupun pendirian DAP mengenai hudud adalah tetap iaitu menentangnya, tetapi parti tersebut nampaknya sudah malas melayan salakan PAS yang ingin melaksanakannya.   Sebaliknya, hanya Karpal Singh seorang yang masih bersemangat menyergah PAS.

Malah, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng secara ‘rasminya’ meletakkan isu tersebut di atas bahu Karpal seorang dengan menyatakan yang DAP tiada hak untuk menjawab mengenai prosiding mahkamah terhadap Nasharuddin, ahli Majlis Syura PAS mengenai isu hudud.  

Mungkinkah akhirnya DAP menyedari bahawa mereka juga perlukan PAS untuk merealisasikan impian ke Putrajaya?   Justeru, mereka mengambil jalan selamat dengan menghantar seorang saja ‘pejuang’ (Karpal Singh) untuk menghadapi beribu-ribu ekor anjing (akar umbi PAS).   Ini lebih baik dari terpaksa berkelahi dengan anjing-anjing suruhan dan memalukan diri sendiri di depan musuh.  

DAP pastinya telah mencongak-congak akibat jika ‘pejuang’ yang seorang itu terkorban dibaham anjing-anjing dan apa yang mereka jangkakan ialah ia bukan merupakan satu kerugian yang besar.  Namun begitu, DAP lebih yakin yang anjing-anjing tersebut tidak akan membaham sesiapa tetapi hanya akan terus menyalak-nyalak bising sekadar untuk menarik perhatian media dan pengundi. 

Walaubagaimanapun, di kalangan pengundi Cina, mereka masih lagi ragu-ragu akan strategi menghantar Karpal Singh seorang menghadapi tekanan akar-umbi dan segelintir pemimpin PAS.  Tindakan Guan Eng, Kit Siang dan pemimpin-pemimpin DAP yang lain yang berdiam diri dikhuatiri akan memakan diri.  

Kaum Cina tidak lupa akan pesanan orang lama bahawa jangan sekali-kali memandang rendah akan kebolehan orang Melayu berpolitik, termasuklah Melayu PAS.  

Selain itu, sikap Guan Eng yang angkuh dan sombong membuka ruang kepada kesilapan dalam menyusun strategi dan isu hudud ini kemungkinan besar adalah kesilapan yang masih tidak disedarinya.  

Kaum Cina ingin melihat DAP yang tegas dan lantang serta berada lebih tinggi dari PAS.  Sokongan kaum Cina yang cenderung kepada DAP akhir-akhir ini adalah kerana mereka percaya yang DAP sentiasa menguasai PAS dari belakang.  

Dengan sikap pasif DAP mengenai hudud akhir-akhir ini menyebabkan ramai yang tertanya-tanya, ‘apa sudah jadi?’.  

Benar, ia mungkin hanya strategi politik untuk mengelak pertelagahan secara terbuka di antara parti-parti sekutu Pakatan Rakyat.   Tetapi, selama ini pun DAP sering berbalah dengan PAS mengenai isu hudud secara terbuka.  Justeru, kenapa hanya akhir-akhir ini, DAP perlu berselindung dalam menyanggah PAS?  Kenapa tidak lagi lantang dan garang seperti biasa?   DAP dihormati kerana keterbukaan dan kelantangan dalam memperkatakan prinsip serta tidak perlu dan tidak akan tunduk atau berselindung dari sesiapa. 

Apakah PAS telah berjaya mentarbiah DAP?  Inilah yang menjadi topik perbualan di kalangan kaum Cina hari ini.  

Hudud tiada dalam Buku Jingga kerana ia telah dipersetujui secara bersama bahawa ia tidak akan dilaksanakan di bawah pemerintahan PR .  Oleh itu, kaum Cina melihat adalah tidak menjadi kesalahan malah merupakan kewajiban bagi DAP untuk mempersoal atau menyanggah sesiapa sahaja yang menyatakan sebaliknya.  

Jelas, menyanggah PAS secara berselindung tidak membawa kebaikan apa-apa kepada DAP.  Sebaliknya, ia mampu menggoyahkan kepercayaan kaum Cina ke atas kewibawaan parti itu.  

Di pihak PAS pula, menyerang Karpal seorang tidak akan memulihkan keyakinan kaum Melayu kepada parti itu kerana prinsip Karpal menolak hudud adalah juga prinsip DAP yang mana ia tidak pernah berubah, tegas dan kekal.   PAS perlu dilihat menentang DAP secara keseluruhan, secara berani, terbuka, tegas dan lantang atas nama Allah S.W.T  - jika benar ikhlas ingin melaksanakan hudud.  

Pemimpin PAS nampaknya gagal menilai kesan dari mengajak Karpal Singh bersilat seorang diri.  

Imej PAS sebenarnya akan lebih buruk jika masih tidak berjaya memperjuangkan hudud walaupun hanya berhadapan dengan Karpal Singh seorang dan bukannya seluruh parti DAP.   Bayangkan, bagaimana PAS mampu menghadapi pengundi Melayu jika DAP menang dalam mempertahankan prinsip mereka walaupun hanya menghantar seorang pejuang - OKU pulak tu…?

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun