Skip to main content

Komplot Jatuhkan Najib Buktikan Betapa Jahatnya Pakatan Rakyat


Raja Petra Kamaruddin (RPK), penulis kontroversi, yang pernah dirawat kerana masalah ‘jiwa’ ketika muda, sekali lagi membuat kejutan melalui tulisan terbarunya. Kali ini, beliau mempersoalkan kewibawaan P.Balasundram, seorang penyiasat persendirian yang menjadi saksi dalam kes pembunuhan Altantuya yang dikaitkan pembangkang dengan Perdana Menteri.  

Realitinya, kes tersebut telah pun selesai dan terbukti tiada sebesar hama pun bukti atau saksi yang boleh mengaitkannya dengan Perdana Menteri.  Namun, entah kenapa, kes ini masih lagi ‘berkumandang’ di udara Malaysia saban hari terutama di portal-portal pembangkang.  Nampaknya mereka masih tidak berpuas hati kerana ‘dalang’ pembunuhan masih belum tertangkap, kata mereka.  

Tentu sekali semua pihak termasuk Perdana Menteri inginkan kebenaran dan inginkan agar dalang tersebut ditangkap.  Oleh itu, walaupun kita musykil dengan kewibawaan dan ‘kewarasan’ RPK, kita harap tulisan beliau yang terbaru ini dapat memberikan kita sedikit harapan.  

Kali ini, RPK membayangkan persoalan sama ada Balasundram terlibat dalam pembunuhan Altantuya secara langsung memandangkan keterangannya yang kabur, berbelit-belit dan beberapa kali ‘U-turn’ setiap kali disoal-siasat dan membuat kenyataan.  RPK juga mengulangi kenyataannya bahawa pihak pembangkang, terutamanya Anwar, menjadi dalang memburukkan nama Dato’ Seri Najib dengan mengaitkan beliau dalam pembunuhan Altantuya.  

Nama-nama yang disebut oleh RPK  selain Balasundram dan Anwar, termasuklah peguam PKR M.Puravalen dan Ahli Parlimen Subang serta pengasas SUARAM, Sivarasa Rasiah.  Puravalen pula dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan personaliti yang pernah menjadi kontroversi di era Tun Abdullah Badawi, iaitu Kalimullah Hassan.  

RPK mendedahkan bahawa Balasundram dijanjikan upah setinggi RM5 juta untuk membuat akuan bersumpah mengenai pembunuhan Altantuya tetapi hanya dibayar RM700,000 yang mana menjadi punca beliau membuat U-Turn.  Beliau kemudiannya diupah oleh pihak lain pula untuk membuat cerita yang berlainan.  

Apapun peranan Balasundram dalam kes Altantuya, iaitu sama ada beliau adalah pembunuh, bersubahat dengan pembunuh, perancang, atau sekadar mengambil kesempatan, yang menjadi persoalan di sini ialah peranan pihak pembangkang, atau lebih tepat Anwar Ibrahim, dalam menyebar fitnah terhadap Perdana Menteri.  

Walaupun RPK mempunyai rekod sakit mental, dan sering berhalunisasi menjadi manusia berintegriti atau wira penyelamat negara tetapi kita tidak boleh mengenepikan sahaja seluruh skrip yang ditulisnya kali ini.  Ini kerana, ini bukan kali pertama beliau mendedahkan perkara yang sama di mana sebelum ini, beliau juga mengakui terlibat sama dalam menyebar fitnah tersebut terhadap Perdana Menteri berdasarkan ‘dengar-cakap’ setelah diarah atau mungkin diupah oleh pihak-pihak tertentu.  Untuk itu, sekadar rekod, RPK juga adalah penulis upahan dan bagi seorang penulis upahan untuk mengaku salah atau silap menyebar fitnah, pastinya menunjukkan yang beliau berkata benar.   Lagipun, tidak mungkin seorang yang ego seperti beliau sanggup mengaku tersilap yang mana pasti akan merosakkan kredibilitinya.  

Oleh itu, tidak perlu untuk kita bertanyakan tentang motif RPK mengambil sikap seperti Balasundram iaitu membuat U-turn dalam perkara ini, tetapi kita perlu bertanyakan diri kita apakah wajar kita memberi mandat kepada pembangkang yang begitu jahat dan busuk hati dalam pilihanraya kali ini?

Kenapakah pembangkang tidak berani berdepan dengan Perdana Menteri secara anak jantan melalui pilihanraya dan beradu kekuatan dengan menabur jasa?  Kenapa perlu memfitnah dan mengupah begitu ramai orang untuk menjatuhkan Perdana Menteri?  Apakah kerana mereka sedia maklum bahawa rakyat tidak bersama mereka dan memerlukan ‘jalan-belakang’ untuk berkuasa?   Apakah mereka sebenarnya amat menyedari akan kelemahan dan ketidakupayaan mereka? 

Apapun, pendedahan RPK tidak harus diabaikan sahaja.  Ia perlu dibawa ke atas agar kebenaran terserlah dan agar roh Altantuya dapat bersemadi dengan aman.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun