Skip to main content

Senario PAS/DAP Kuasai Parlimen





Penulis tertarik dengan tulisan Timbalan Editor akhbar Sinchew Daily yang bertarikh 28 Ogos 2012 mengenai senario PAS menguasai Parlimen dan memperkenalkan undang-undang Jenayah Islam (hudud).   

Dalam artikel tersebut, beliau membayangkan seperti berikut:  

Pada satu hari di bulan September 2014 (setelah PR memerintah), Hadi Awang akan usulkan hudud di dalam Parlimen.  Maka, PAS pastinya menyokong, DAP membantah dan PKR berpecah dua.  BN pula, UMNO akan menyokong dan menyebabkan MCA, Gerakan dan MIC keluar.

Lalu, di dalam undi Dewan Rakyat kemudiannya, PAS dan UMNO akan mendapat majoriti dua pertiga lalu  Malaysia pun menjadi Negara Islam acuan PAS.

Apa yang dibayangkan beliau bukan mustahil.  Tetapi,  tiada jaminan yang ia akan terjadi sepertimana yang beliau bayangkan.  Ada kemungkinan ia terjadi begini:  

Setelah PR memerintah, Anwar pun ditabalkan sebagai Perdana Menteri dan masing-masing Hadi Awang dan Lim Kit Siang menjadi Timbalan Perdana Menteri 1 dan 2.  

Pada suatu hari, Hadi Awang, setelah mendapat tekanan dari akar umbi PAS, mengusulkan hudud di dalam Parlimen.  DAP pantas membantah menuduh PAS mengkhianati kerjasama PR.  Anwar bangun menghalang Hadi bercakap kerana ternyata telah melanggar perjanjian PR.   Keadaan kecoh dengan pertikaman lidah di antara ketiga-tiga parti, adegan membaling kerusi dan bertumbuk terjadi sehingga memaksa sidang ditangguhkan.  

Hadi Awang dikenakan tindakan oleh Majlis Disiplin PR dan tekanan diberikan kepada PAS agar memecat Hadi Awang.  Mat Sabu kemudiannya mengambil tempat Hadi Awang dan memastikan yang PAS tidak akan lagi membuat usul mengenai hudud atau apa-apa jua yang bertentangan dengan PR terutamanya kehendak dan perjuangan DAP.   Soal hudud pun tamat setakat itu.  

Dengan semua kepimpinan atasan PAS telah dikuasai oleh golongan pro-Anwar dan talibarut DAP, maka usul mengenai penghapusan hak keistimewaan bumiputera pun dilakukan oleh DAP.  Begitu juga dengan Dasar Kesamarataan Total.  DAP, PKR dan PAS menyokong dan begitu juga MCA, Gerakan dan MIC.  Tinggallah UMNO keseorangan membantahnya.  Ketiga-tiga komponen BN tersebut akhirnya mengambil keputusan keluar dari BN dan BN pun berkubur.    

Di masa yang sama, Majlis Peguam dan badan-badan NGO yang bertemakan ‘hak asasi manusia’ akan mengemukakan tuntutan agar kerajaan mengiktiraf hak LGBT.   Anwar akhirnya akan mengumumkan ‘keterpaksaan’ menerima tuntutan mereka bagi meningkatkan kedudukan Malaysia dari segi ‘hak asasi manusia’ dan meletakkan negara seiring dengan negara-negara maju.  

Media asing pun memuji-muji dan menyanjung Malaysia.  

Dan secara tiba-tiba isu-isu berkenaan pihak istana yang mampu memberi gambaran buruk terhadap institusi Raja mula mengambil tempat di semua bentuk media di Malaysia.  Ini dilakukan secara berterusan dalam jangkamasa yang lama iaitu bertahun-tahun sehingga imej institusi tersebut menjadi buruk-seburuk-buruknya. Akhirnya, satu usul tergempar dikemukakan iaitu menghapuskan Institusi Raja-raja.    

Pada ketika ini, desas-desus pemberontakan mula kedengaran dan mungkin sudah pun tercetus secara kecil-kecilan.  Dalam sekelip mata, Malaysia bukan lagi sebuah negara yang stabil yang mampu menarik pelaburan dan pelancongan.  

Tanpa pengalaman, PR gagal menjana ekonomi sedangkan mereka terperangkap untuk menunaikan segala janji bulan bintang yang terpahat di dalam Buku Jingga.   Hutang negara pun bertambah secara drastik.  

Menyedari ramai rakyat mula resah dan tidak puas hati, PR perlu memastikan mereka kekal berkuasa.  Maka dengan kuasa yang ada, keputusan pilihanraya pun dimanipulasi dan sempadan pilihanraya dirombak bagi memastikan kedudukan mereka selamat.  Pengkritik mereka akan disenyapkan dengan berbagai cara sepertimana yang mereka lakukan hari ini iaitu memecat, jika pengkritik tersebut adalah orang dalam, menghitamkan media yang melaporkan salahlaku mereka dan tidak hairan juga jika ada saja yang ‘terjun bangunan’ jika berpotensi membuka pekung mereka.  

Media asing yang selama ini menyokong PR mula mengkritik Malaysia.   Kerajaan PR mula hilang kawalan dan media asing mula menggambarkan Anwar sebagai diktator yang boros dan tidak berwibawa dan tidak mampu mentadbir.    

Rakyat yang semakin marah mula memberontak secara besar-besaran.   Kaum Melayu yang semakin terpinggir akibat dasar kesamarataan total tidak lagi dapat menahan sabar.  Mereka juga nekad membela Raja-raja yang terbuang.  Ekonomi Malaysia ranap sepenuhnya.  

Akhirnya, pihak asing pun tampil memberi ‘bantuan’ sekali gus, segala sumber dan hasil negara entah bagaimana, tiba-tiba menjadi milik mereka.  

Hanya beberapa penggal PR memerintah, Malaysia kembali menjadi negara dunia ketiga.  

Jika kaum Cina bimbang dengan penguasaan PAS, kaum Melayu pula bimbang dengan penguasaan DAP.  Justeru, kenapa perlu diambil risiko memberi undi kepada mana-mana dari kedua parti ini?  

Di bawah BN, kaum Cina telah pun berjaya menguasai 80% kek ekonomi Malaysia.   Di bawah BN juga, Islam kekal di kedudukan tertinggi dan umat Islam berpeluang mengerjakan ibadah tanpa batasan.  

Pendek kata, jika wang yang dikhuatiri oleh kaum Cina, maka BN memberi mereka peluang mengejarnya dan jika akhirat yang dikejar kaum Melayu maka BN tidak pernah menghalang mereka merebutnya.  

Hidup kita ternyata aman, damai, sejahtera dan makmur di bawah pemerintahan BN.  Justeru, tepuk dada, tanya selera, apakah yang lebih penting dari keselamatan dan kesejahteraan keluarga dan generasi akan datang?   Kenapa kita harus mengambil risiko mengundi ‘malaikat yang kita tidak kenal?’

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun