Skip to main content

DAP Terbukti Kuat Menipu: Pemilihan Semula CEC Perlu diPantau BERSIH?


 
Siasatan ROS terhadap penyelewengan pengiraan semula undi bagi pemilihan jawatankuasa pusat parti DAP yang diadakan Januari lalu mendapati beberapa perkara yang masih tidak terjawab dan tidak jelas.  
 
Dalam pengiraan semula tersebut, kita telah menyaksikan penambahan dan pengurangan jumlah undi yang begitu drastik bagi beberapa individu serta tidak menepati hukum kebarangkalian matematik.  Selain itu, DAP juga masih tidak mampu memberi jawapan kepada ROS tentang kenapa 753 orang yang layak mengundi tidak mendapat notis pemilihan. 
 
ROS setakat ini tidak berpuas hati dengan penjelasan DAP sekali gus membuktikan bahawa DAP telah menipu ahli-ahlinya sendiri dalam pemilihan CEC. Tindakan DAP memanipulasi undi CEC mengundang pandangan sinis rakyat.   Kita sedia maklum bahawa ‘ketelusan’ dan ‘kecekapan’ menjadi slogan utama parti itu dalam menentang Barisan Nasional.   Kononnya, BN tidak cekap dan tidak telus dan hanya DAPlah yang paling cekap dan telus.   Malah, DAP juga telah mempertikaikan keputusan PRU-13 lama sebelum PRU tersebut diadakan lagi atas alasan BN tidak telus.  
 
Untuk itu,  DAP telah bekerjasama dengan BERSIH untuk ‘membersihkan’ sistem PRU, kononnya. Ironinya, pemilihan DAP sendiri terbukti tidak bersih, tidak cekap dan tidak telus.  Dan imej ini akan terus kekal terpahat di dahi DAP sekiranya parti ini tidak bijak menangani isu ini. 
 
Oleh itu, seruan bekas setiausaha publisiti DAP Selangor, Tan Tuan Tat agar pemilihan semula diadakan bagi membersihkan DAP adalah bertepatan.   Ini kerana parti yang kepimpinannya terlantik dengan cara kotor tidak mungkin mampu menjadi pemerintah yang bersih.   Dan jika negara diperintah oleh parti yang kotor, maka kekotoran itu akan kekal dan tidak mungkin dapat dicuci lagi. 
 
Bagi memastikan pemilihan semula CEC berjalan dengan bersih, inilah disarankan agar BERSIH masuk campur bagi memastikan keadilan terlaksana dalam parti DAP.  Dengan cara ini, BERSIH turut berpeluang membersihkan imejnya yang terpalit najis DAP dan pembangkang serta membuktikan pertubuhan itu sebagai sebuah NGO bebas.   
 
Mungkin juga BERSIH boleh mencadangkan dakwat kekal serta pemantau dari luar negara untuk memantau pemilihan CEC DAP.  Namun, jika benar-benar ingin dianggap bersih dan telus, DAP boleh sahaja mengadakan pengundian secara terbuka, iaitu dengan mengangkat tangan.  Cara ini tentu lebih mudah memandangkan DAP tidak begitu bijak menggunakan komputer untuk pengiraan.  
 
Setakat ini, sudah tiga kali DAP tersalah kira melalui komputer iaitu ketika pemilihan awal CEC, pengiraan semula pemilihan CEC dan juga pembentangan projek terowong di bawah laut yang tersasar sehingga lebih RM2 billion. 
 
Jika pemilihan terbuka dapat dilakukan maka kita pasti DAP akan dapat memulihkan sedikit imejnya yang telah dicop sebagai ‘penipu tegar’. 
 
Ketelusan pemilihan CEC DAP adalah penting kerana kita perlu mengelak sebarang kemungkinan sebuah parti penipu turut bertanding dalam PRU yang akan datang.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun