Skip to main content

Ke Mana Arah DAP, Kristianiti atau Komunisme?


 
Umum sedia maklum bahawa DAP sentiasa menyanjung komunis sebagai wira.  Parti ini juga berusaha untuk membawa balik ‘penyembelih Malaya’, Chin Peng atas alasan ancaman komunis sudah tiada.   Bagi menjustifikasi tindakan mereka DAP cuba menafikan sejarah serta giat ‘mereka-cipta’ sejarah mengikut kacamata dan selera komunis.  Risalah-risalah turut disebar yang menggambarkan komunis sebagai pejuang kemerdekaan.  Di masa yang sama mereka menanam prasangka terhadap kerajaan konon dengan sengaja menafikan ‘jasa’ komunis atas dasar perkauman.    
 
Masyarakat Cina yang sememangnya terkenal dengan semangat perkauman yang kuat amat mudah terpengaruh dengan dakyah ini.  Apatah lagi dengan hakikat bahawa sebahagian daripada mereka merupakan anak, cucu atau cicit komunis juga. 
 
Apabila masyarakat Cina menolak Sekolah Kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC), keadaan menjadi bertambah buruk kerana SJKC tidak menitikberatkan matapelajaran Sejarah.  Malah, kita juga meragui pengajaran subjek tersebut di SJKC, iaitu sama ada ia disampaikan secara tepat atau dipesong ke arah agenda yang bertentangan dengan aspirasi negara.
 
Kini, anak-anak produk SJKC yang telah meninggalkan bangku sekolah dan masuk ke alam dewasa membawa bersama mereka semangat bencikan Melayu dan buruk sangka terhadap kerajaan yang amat kronik.  Mereka inilah yang kita lihat tidak henti-henti mencabar dan menghina Islam di internet.  Hampir setiap hari ada saja individu yang sengaja ‘menjolok’ orang-orang Melayu agar bangun membalas kebiadapan mereka.  Lebih jelek, mereka turut mempengaruhi kaum India agar berbuat yang sama. 
 
Bukan itu sahaja, mereka ini sanggup mengeluarkan modal yang besar untuk menghasilkan filem bagi menunjukkan yang komunis itu wira.   Filem The New Village yang menjadi kontroversi kini memperlihatkan seolah-olah komunis telah berkorban nyawa memerdekakan Malaya dan menentang penjajah British.  Kita percaya, ramai dari anak-anak produk SJKC sebenarnya langsung tidak tahu perkara sebenar dan percaya bulat-bulat bahawa apa yang dikisahkan itu adalah benar.   Ini kerana, sepanjang hidup mereka, mereka telah dimomokkan dengan kisah yang sama oleh ibubapa dan guru-guru di SJKC.  Apatah lagi dengan kelantangan DAP menjulang komunis secara nyata. 
 
Namun, apa yang pelik ialah DAP turut menjulang kristianisasi.  Agenda Kristian DAP bukan lagi rahsia di mana semua orang sudah termaklum mengenai matlamat DAP untuk menghapuskan klausa Islam sebagai agama rasmi negara di dalam Perlembagaan.  Sebagai ganti, Kristian bakal diberi tempat tertinggi dan usaha ini semakin giat dijalankan dengan berpusat di Subang Jaya dan juga Pulau Pinang.  Video program DAP yang dihadiri padri-padri Kristian dengan ikrar untuk menjadikan negara ini sebagai negara Kristian juga sudah tersebar.   Kejadian murtad yang berleluasa juga turut didalangi oleh DAP.   Malah, DAP juga merupakan pihak yang memainkan peranan utama dalam mendesak kalimah Allah di dalam Injil. 
 
Kita menyatakan ini pelik kerana Kristian dan Komunisme adalah dua pegangan yang berbeza.  Nilai-nilai dan fahaman Kristian tidak sejajar dengan komunisme yang meletakkan semua rakyat sama rata, kecuali pemerintah yang mendapat keistimewaan serta tidak boleh disanggah.   Manakala Kristian berpegang kepada keadilan yang selaras dengan nilai-nilai semulajadi kemanusiaan di mana yang rajin berusaha selalunya akan lebih berjaya tetapi wajib membantu yang kurang bernasib baik. 
 
Justeru, bagi DAP untuk menyanjung komunis tetapi berpegang kepada ajaran Kristian membuktikan bahawa DAP sendiri kurang memahami apa yang mereka perjuangkan.   Mungkin kerana terlalu ‘obses’ kepada kaum sendiri dan terlalu amat benci kepada Islam dan Melayu, maka DAP tidak pernah mengambil masa untuk memahami intipati perjuangan sendiri. 
 
Apa yang kita dapati ialah DAP tidak tahu sejarah komunisme di Malaysia secara terperinci dan DAP juga tidak faham Kristian secara mendalam.  DAP, seperti kebanyakan anak-anak Cina di Malaysia hanya mampu bercakap soal ringan seperti wang, promosi, pemasaran dan juga hiburan.  Terbukti kini bahawa DAP tidak boleh dibawa berbincang dan berdebat soal ilmiah ke tahap yang lebih tinggi kerana akal mereka tidak sampai ke tahap itu.  Mereka tidak mampu mengupas ideologi, falsafah dan sejarah sebagaimana seorang yang bijaksana.   Mereka secara amnya tidak tahu apa-apa tetapi hanya perasan sendiri konon bangsa mereka lebih bijak dari Melayu. 
 
Hakikatnya, bagaimana kita boleh mengharap anak-anak Cina untuk berpemikiran ilmiah jika pemimpin yang disanjung mereka iaitu Guan Eng sendiri tidak tahu apa-apa.  Dalam usaha Guan Eng untuk mempertahankan filem The New Village, beliau telah mendedahkan bahawa beliau sebenarnya tidak memahami apa signifikannya hubungan Malaysia dengan China yang dirintis oleh Tun Abdul Razak apabila membandingkan usaha itu dengan tindakan Malaysia menentang komunisme.  Jelas di sini bahawa Guan Eng tidak tahu apa itu jalinan ideologi dan apa itu hubungan diplomatik. 
 
Guan Eng juga jelas tidak tahu apa ertinya perjanjian damai 1989 antara kerajaan dengan PKM apabila menganggapnya sebagai tindakan ‘menerima komunis’.   Sedangkan perjanjian itu menandakan ‘kekalahan komunis’ serta meletakkan noktah kepada pergerakan itu. 
 
Inilah akibatnya apabila berjuang berlandaskan emosi dan bukan akal.   Dan itulah DAP iaitu sebuah parti yang penuh dengan emosi benci, dendam kesumat dan tamak haloba.  Bagi DAP, Kristian, Komunisme dan apa pun boleh saja, asalkan ia bersifat bertentangan dengan Islam dan Melayu.
 
Negara tidak mungkin aman dan makmur jika diperintah dengan emosi.  Oleh itu, masyarakat Cina perlu bangun dan keluar dari lubuk kebencian itu serta melihat dunia dari sudut yang lebih terbuka, bukan dari kacamata kaum mereka sahaja.  Belajarlah sejarah negara ini jika ingin dirujuk sebagai warganya.  Hayatilah sejarah tanah air ini sejak dari awal.  Kenali Merong Mahawangsa dan Parameswara, terimalah Hang Tuah sebagai Pahlawan, sanjunglah Mat Kilau, Leftenan Adnan dan semua wira-wira negara ini agar kami, orang-orang Melayu, mampu menerima anda sebagai bumiputera pada suatu hari nanti.   
 
Sudah sampai masanya kaum Cina menerima hakikat bahawa sejarah negara ini bukan bermula dari kemasukan nenek moyang kaum Cina sebagai pelombong bijih oleh British tetapi jauh lebih awal dari itu.  Hanya dengan menerima hakikat ini maka kaum Cina akan dapat melepaskan diri dari belenggu kebencian yang meluap-luap yang mampu memusnahkan kemakmuran yang kita kecapi hari ini.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun