Skip to main content

Mat Sabu Dari Golongan Syiah Yang Mana?


Mengikut Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, hanya dua golongan Mazhab Syiah yang diterima untuk diamalkan di Malaysia iaitu Al – Zaidiyah dan Jaafariah.  Namun, secara dasarnya umat Islam di Malaysia hendaklah mengikut ajaran Islam yang berasaskan Ahli Sunnah Wal Jamaah dari segi Aqidah, Syariah dan Akhlak. 

Walaupun terdapat penetapan mengenai Syiah oleh Majlis Fatwa, malangnya, kita sukar sekali untuk mengenalpasti golongan Syiah yang manakah yang diamalkan oleh kelompok-kelompok Syiah di negara ini.  Namun, kita anggapkan mereka mengamalkan ajaran Syiah yang diharamkan berdasarkan pendekatan mereka yang berselindung sebelum ini serta cara mereka beramal yang jelas bertentangan dengan AlQuran. 
 
Kesimpulan ini didapati dari beberapa rencana serta rakaman video yang tersebar luas di internet.  Kita dapati, selain solat berbeza, puak-puak Syiah juga ada yang menambah nama imam mereka di dalam syahadah.  Ini tentu sekali bertentangan dengan AlQuran.  Itu belum  lagi disiasat sama ada mereka turut mengamalkan muta’ah, liwat serta mencerca sahabat dan isteri Rasulullah SAW sepertimana Syiah di Iran.    
 
Apa yang membimbangkan ialah akhir-akhir ini, Syiah di Malaysia semakin berani menyerlahkan diri.  Antara individu yang telah diketahui umum sebagai pengamal Syiah ialah Faizal Tehrani, seorang karyawan, Khalid Ismat anak muda separuh masak penyokong PKR tegar yang ‘membina nama melalui demonstrasi ganas’ serta Mat Sabu iaitu Naib Presiden PAS. 
 
Mungkin kita boleh ketepikan saja Khalid Ismat yang tidak membawa apa-apa signifikan kepada masyarakat, tetapi Faizal Tehrani dan Mat Sabu wajar diberi perhatian oleh pihak berkuasa agama di negara ini.  Faizal Tehrani didapati sering memasukkan ideologi Syiah dalam karyanya secara nyata dengan mengetengahkan nama-nama pemimpin Syiah serta 12 imam-imam yang disanjung mereka. 
 
Manakala Mat Sabu pula tidak pernah mengakui yang beliau berpegang kepada fahaman Syiah.  Bagaimanapun, ramai di kalangan PAS sendiri yang telah mendedahkan serta mempersoalkan pendirian Mat Sabu mengenai Syiah memandangkan beliau sering memuji-muji tokoh Syiah serta kerap berulang-alik ke Iran berjumpa dengan puak Syiah di sana. 
 
Malah, dalam beberapa demonstrasi sebelum ini, Mat Sabu pernah membawa anak-anak muda yang turut mengangkat poster tokoh-tokoh Syiah. 
 
Justeru, ramai di kalangan PAS yang mengesahkan bahawa Mat Sabu adalah Syiah dan kurang senang dengan beliau. 
 
Malangnya, pemimpin PAS hanya memekakkan telinga dan memejamkan mata.  Walaupun mulut mereka lantang menghentam Syiah dan mengharamkannya di dalam PAS, namun mereka tidak pernah ‘menyoal-siasat’ Mat Sabu.
 
PAS sanggup membiarkan Mat Sabu menjadi orang nombor dua parti itu walaupun fahamannya diragui.   Mungkin juga alasannya ialah Mat Sabu berpegang kepada ajaran Syiah Al – Zaidiyah atau Jaafariah.  Namun, bagaimana kita boleh memastikannya jika tiada siasatan dilakukan? 
 
Sekiranya Mat Sabu benar-benar pengamal Syiah yang haram di Malaysia, PAS wajib memecatnya sepertimana pendirian rasmi parti.  Jika tidak PAS akan dilihat sebagai munafik.  Lebih dari itu, membiarkan Mat Sabu berada di jawatannya meletakkan PAS dalam risiko dipimpin ke arah kesesatan yang pasti. 
 
Namun, kita tidak hairan jika PAS mengambil remeh soal kesesatan Syiah kerana PAS juga mengambil remeh soal murtad.  Malah, PAS juga melebihkan kafir harbi dari saudara Islam sendiri. 
 
Pelik sekali kerana PAS meremehkan soal sesat dan murtad tetapi lebih berminat untuk menghukum mereka yang dianggap jahil.    Selagi PAS tidak mampu mengenalpasti mana yang lebih berat antara murtad, sesat dan jahil, selagi itulah PAS sendiri berada dalam kesesatan.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun