Skip to main content

Beri Peluang Membuktikan Keupayaan Najib Razak Memimpin Dan Memperbaiki Sebarang Kelemahan


Beberapa pemimpin akar umbi UMNO Bahagian Kelana Jaya menggesa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya menghentikan serangannya terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak kerana ia boleh memburukan keadaan di peringkat dalaman parti itu.

Ketua Cawangan Umno Sungei Way, Ishak Maarof berkata, sebagai pemimpin yang dihormati, Dr Mahathir tidak sepatutnya mengkritik secara terbuka Perdana Menteri yang mendapat mandat mentadbir negara dan parti ini menerusi sistem demokrasi.

“Sebagai pemimpin akar umbi, kami bimbang serangan berterusan Dr Mahathir terhadap Najib akan mengelirukan rakyat. Jika keadaan ini berterusan, ia tidak akan memberi manfaat kepada Barisan Nasional dan kepimpinannya.

“Pembangkang tentu akan mengambil kesempatan daripada apa yang berlaku hari ini, begitu juga pihak yang berhasrat untuk memusnahkan UMNO,” katanya pada sidang media di sini, Selasa.

Ishak berkata, desakan Dr Mahathir supaya Najib meletak jawatan sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO sebelum berakhirnya penggal kepimpinannya akan menyebabkan keadaan bertambah buruk dan memecahbelahkan rakyat serta ahli UMNO.

“Lebih baik kita tunggu masa dan landasan yang sesuai untuk memilih presiden parti dan Perdana Menteri, malahan pemilihan parti juga akan berlangsung tidak lama lagi. Jika kita tukar kepimpinan sekarang, kami bimbang lebih banyak masalah akan timbul,” katanya.

Beliau berkata, Najib sepatutnya diberi peluang untuk membuktikan keupayaannya memimpin dan memperbaiki sebarang kelemahan sepanjang tempoh mentadbir negara.

“Beliau adalah presiden parti dan Perdana Menteri, sama ada suka atau tidak, kami perlu menyokong beliau sehingga tiba masanya untuk memilih pemimpin baharu.

“Ketika ini, kami perlu bantu beliau untuk memimpin kerajaan dan sokongan di semua peringkat adalah penting.

“Bagi kami di peringkat akar umbi, kami menggesa Dr Mahathir supaya berhenti menyerang Najib kerana ia suatu budaya yang tidak sihat dalam parti. Lebih memburukkan lagi keadaan, kami yang akan bertemu ahli dan orang ramai untuk menerangkan hal ini,” katanya yang bimbang tidak dapat menangani isu berkenaan jika serangan itu berterusan.

Beliau berkata, Dr Mahathir tidak sepatutnya membandingkan kepimpinan Najib dengan suasana ketika beliau menerajui negara ini kerana zaman berubah.

“Jika kita ikut cara lama, mungkin ia tidak lagi sesuai dan sebagai seorang yang berpengaruh, beliau seharusnya membimbing kepimpinan sekarang untuk mencapai kejayaan yang lebih baik,” katanya.

Ishak yang diapit 11 lagi pemimpin cawangan Umno berkata, mereka terpaksa menyuarakan pandangan itu untuk menyelamatkan parti yang diwakili.

“Kami lakukan ini untuk selamatkan parti, bukannya melindungi Najib. Tidak kira siapa yang memimpin negara ini, jika kami anggap pemimpin itu tidak lagi sesuai, kami akan membuat perubahan apabila tiba masanya,” katanya.p





Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun