Skip to main content

‘Banyakkan Kawan Daripada Musuh’ – Rahsia Survival 40 tahun Najib Dalam Dunia Politik


Intipati ucapan DS #NajibRazak

21 Februari 1976 karier politik saya bermula ketika berusia 22 tahun 7 bulan bila bertanding sbg calon BN parlimen Pekan

Dlm perjalanan 40 tahun mengharungi dunia politik banyak kisah pahit manis suka duka. Walaupun banyak pahit dan getir cabarannya namun tak ada profesion lain boleh menandingi profesion sbg ahli politik yang saya anggap sebagai pejuang dan membolehkan kita melakukan inpak yang jauh lebih besar berbanding profesion lain. Melalui profesion ini kita berkemampuan mengubah masa depan bangsa dan negara.

Kalau saya tak ada kemampuan dan gagal memimpin maka proses dlm parti - sudah tentu parti atau rakyat tolak saya. Sy ibarat terjun dalam tasik yang paling dalam sekali. Untung sabut timbul untung batu tenggelam.

Ya, saya penyabar tetapi saya ada had juga. Jangan fikir boleh buat sesuka hati. Jangan fikir saya tak akan bertindak jika melampaui batas. Prinsip saya ialah banyakkan kawan daripada musuh. Kerana dalam keadaan apapun sahabat tetap bersama kita.

Saya tetap kenang budi baik dan persahabatan sahabat2. Sahabat dan kesetiaan.

Saya tak minta sokongan membuta tuli. Kalau nak tegur, tegurlah. Ada tempat dan masanya. Jangan tegur sampai merosakkan parti.

Dalam politik saya tak pernah bertanding untuk menjatuhkan sesiapa. Saya bertanding hanua kalau ada kekosongan. Itulah prinsip saya selama ini. Saya juga tak pernah beli undi dalam parti.

Allahyarham Tun Razak bina parti UMNO saya tak mahu jadi anak yang menjahanamkan parti UMNO.

Comments

Popular posts from this blog

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee....

Permintaan terakhir Nasir P.Ramlee.... Oleh: Noor Hasilah Ismail Lagu Putus Sudah Kasih Sayang akan diingati oleh balu Allahyarham Nasir P Ramlee, Suria Bakar, kerana lagu itulah yang dinyanyikannya untuk menidurkan Allahyarham sejak beberapa bulan lalu. "Sejak pulang dari klinik tiga bulan lalu kerana serangan sakit jantung, dia sering meminta saya menyanyikan lagu itu sebelum tidur tetapi apabila saya menyanyi, dia akan ketawa dan mengatakan suara saya tidak sedap," kata Suria, 44. "Saya telah berkahwin dengannya selama 20 tahun, dan Allahyarham memang suka bergurau. Tetapi sejak beberapa bulan lalu dia sering bergurau tentang kematian dan saya memberitahunya sekiranya dia pergi, maka putuslah sudah kasih sayang. Tetapi Allahyarham ketawa dan berkata, "Kalau Babah tak ada, kahwinlah lagi," dan saya sering memarahinya kerana gurauan yang keterlaluan itu," tambahnya. Menurut Suria kali terakhir Allahyarham sakit teruk ialah pada bulan puasa. Menurutnya All

Seks Luar Tabii Dan Curang Kepada Isteri Adalah Dosa Besar Dan Suatu Jenayah

Semalam di hadapan 3,000 penyokongnya di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor, Azmin Ali berkata dia tahu siapa dalang penyebaran video seks luar tabii yang dikaitkan dengannya. Dia juga telah berkata ini adalah konspirasi politik untuk menjatuhkannya. Ketua Polis Negara Hamid Bador pula bersetuju dengannya. Azmin dan Hamid Bador kedua-duanya adalah penyokong tegar Dr. Mahathir. Kepada Azmin dan Ketua Polis Negara, sebenarnya isu ini mudah sahaja: Perkara pokok dan isu utamanya adalah adakah Azmin buat perkara terkutuk itu atau tidak? Jika dia buat, dia tidak boleh salahkan orang lain apabila orang itu menunjukkan salahlaku jenayah tersebut. Jika seseorang ditangkap merogol melalui rakaman CCTV yang diletak oleh penyelia bangunan, takkan perogol itu mahu salahkan penyelia bangunan itu kerana melapor dan "berkonspirasi" ke atas dirinya? Jika ada perangkap dan konspirasi jahat untuk menjatuhkan anda sekalipun, sekiranya anda betul seorang alim dan warak dengan

Jenazah Allahyarham Datuk Ismail Hutson selamat dikebumikan

KUALA LUMPUR 21 Julai - Jenazah Presiden Persatuan Zoologikal Malaysia (MZS), Datuk Ismail Hutson, 72, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Seksyen 9, Kota Damansara di sini, kira-kira pukul 12.30 tengah hari ini. Ismail atau nama sebenarnya, Ismail Omar yang juga merupakan seorang pelakon dan terkenal menerusi drama bersiri Anjang Aki meninggal dunia akibat penyakit leukemia dan komplikasi jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor pukul 1.17 pagi ini. Beliau meninggalkan dua balu, Zaiton Othman, 67, dan Hafizah Hasbullah, 45 dan tujuh anak iaitu Siti Khatijah; Osman; Faridah; Siti Mariam; Siti Norhayati; Ismail Kamal dan Mohd. Norfitri. Ketika ditemui pemberita, anak ketiga Allahyarham, Faridah, 38, memberitahu, mereka sekeluarga reda dengan berita tersebut selepas doktor memberitahu keadaan kesihatan bapanya semakin teruk. "Arwah dimasukkan ke hospital sejak 10 hari lalu selepas demamnya tidak surut. Selain leukemia yang dihidapinya sejak tahun