Angin yang menampar kuping
nyaring dan bising
terdengar kecelakaan akan menimpa
seluruh warga
angin itu membawa curiga
dan wasangka
Bagaimana mau dielakkan ini Tun?
bijaksanamu kusantun
keris saktimu hunuslah segera
warga mesti dibela
rumah kita semakin tak tenteram
di gelanggang ada musuh dalam diam
api pengkhianatan perlahan-lahan menikam
membunuh mengancam
Penyerahan itu sudah tidak relevan
pengkhianat sembunyi di balik topeng
jika silap, terpelanting kita ke lereng-lereng
ini perperangan ngeri
pertaruhannya negeri
Teruslah kau di situ Tun
kerana para munafik sedang menunggu-menunggu
mereka kawan-kawan kita juga
yang bertuhankan pura-pura
hari ini prinsip telah didagangkan
jual beli dengan kadar murahan
peribadi sudah longgar
tanah kita hendak dipugar
Tun, jangan serahkan rumah kita
janji itu lupakan saja
suasana kini sudah lain
bahaya sedang menginding
berpencaklah kerana Allah
pasti tidak kalah
bertahanlah kerana agama
musuh akan tumpas semua
berbudilah kepada warga
kita pasti berjaya
Kajang
Comments